8 Tanda Anda Dah Mula Malas Nak Mencari Jodoh.

 

Apabila sering mengharap pada jodoh yang tidak pasti…

Mengharap pada cinta duniawi…

Mengharap pada janji manis yang tidak ditepati…

Lama-kelamaan, hati mulai tawar dan malas untuk mencari pasangan. Seringkali gagal dalam percintaan juga membuatkan seorang individu memang serik untuk bercinta. Membiarkan diri berseorangan dan hanya mampu menumpang kebahagiaan pada insan lain.

Tanda-Tanda Anda Dah Mula Malas Nak Mencari Jodoh Apabila…

1. Mula fokus pada diri sendiri sahaja.

Anda hanya fokus pada diri sendiri sahaja, tiada dua mahupun tiga. Secara tidak langsung anda mula pentingkan diri kerana takut diri akan tersakiti oleh permainan dunia yang tidak terjangka. Fokus pada diri sendiri sehingga ahli keluarga dan sahabat baik pun kadang-kadang terabai.

2. Keinginan tidur yang sangat tinggi.

Apabila fokus pada diri sendiri, sudah tentu anda lebih senang meluangkan masa berseorangan. Jadi, anda mempunyai keinginan tidur yang sangat tinggi kerana ia mampu membuatkan hati dan perasaan sangat lega.

3. Kerap makan.

Apabila tiada lagi hal lain untuk difikirkan, dalam minda hanya ada tentang makan, makan dan makan sahaja. Makanan juga adalah salah satu terapi untuk membuatkan diri anda gembira dan bahagia. Anda menjadi seorang yang terlalu kerap makan, sehingga tidak sedar berat badan meningkat secara drastik.

Sampaikan orang sekeliling mengatakan anda bahagia.

‘Ye, bahagia dengan diri sendiri..’

4. Tak kisah menonton wayang keseorangan.

Bila dah malas nak cari jodoh, antara aktiviti yang sering anda lakukan adalah dengan menonton movie berseorangan. Sekiranya bukan di Netflix atau iflix, anda boleh sahaja pergi ke pawagam berseorangan. Eh, siapa kata tonton wayang berseorangan ‘Loser’, biasa je. Ramai lagi yang lone ranger dalam pawagam tu.

5. Malas nak bersolek.

Khusus untuk kaum perempuan, anda tidak lagi bersungguh-sungguh untuk bersolek. Kalau sebelum ni nak pergi kedai pun, perlu ada solekan di muka. Sekadar makan tengah hari di gerai pun nak bersolek, yelah nanti terjumpa jodoh, selekeh pula. Tapi kali ini, nak pandang alat-alat solek pun sebelah mata.

6. Tak lagi menonton drama-drama cinta.

Antara tanda anda dah malas nak cari jodoh bila, anda dah malas nak menonton drama-drama atau movie romantik. Semua kisah-kisah romantik hanya akan membuat diri anda tidak selesa dan geli sahaja. Anda mulai menonton filem genre aksi dan horror.

7. Tiada lagi aplikasi untuk mencari jodoh.

Selain daripada itu, anda juga tidak lagi memiliki aplikasi-aplikasi merepek untuk mencari jodoh lagi. Malah anda tidak lagi percaya dengan aplikasi tersebut kerana ia sangat menghampakan. Uninstall dan move on.

8. Malas nak berkenalan dengan orang baru.

Dan yang paling penting adalah, apabila anda memang malas nak berkenalan dengan orang baru. Malas nak start over semuanya. Nak tanya nama siapa, umur, tinggal kat mana, kerja okay ke, dan sebagainya. Kerana ia umpama hanya membuang masa anda sahaja.

Adakah Anda Mempunyai Tanda-Tanda Ini?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,658 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen