Didik Anak Mengenai Aurat Dan Rasa Malu Sejak Kecil, Barulah Perkara Itu Dibawa Hingga Ke Besar.

 

Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya, sama juga kalau kita hendak memdidik anak-anak kita ini. Kalau boleh biarkan setiap didikan untuk bermula ketika masih kecil lagi, barulah segala perkara itu menjadi satu tabiat sehingga mereka dewasa.

Tidak cukup dengan itu, didikan ketika masih kecil lagi akan menjadi ingatan sehingga dewasa. Ini kerana, anak-anak yang masih kecil inikan bagaikan kain putih, jadi setiap corakan yang ibu bapa lakarkan itu pasti akan tersemat di mindanya.

Seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Hassan ini, didik anak-anak kita dari kecil supaya jaga tutur kata, jaga aurat, dan tidak mandi bersama dalam bilik air berbogel bersama sepupu mereka. mungkin ada yang menyatakan tak apa mereka belum baligh tetapi ini penjelasan beliau.



Secara peribadi saya tak galakkan anak saya 4 tahun tidur,mandi bersama sepupu mereka. Didikan perlu dari awal supaya mereka faham batas pergaulan walaupun bukan dalam bentuk perintah arahan dari kita.

Tidak perliklah zaman dulu apabila menjelang hari raya tidak berasa kekok untuk bersalaman dengan sepupu bahkan mendedahkan aurat. Sedangkan dalam islam taraf sepupu adalah bukan mahram kita.

Baik. Pasti ada yang bertanya. Kan mereka itu belum akil baligh. Ya benar,mereka bukan akil baligh. Tapi bukan bermakna kita boleh biarkan mereka bergaul sehingga menyentuh kemaluan antara satu sama lain. Dan usia kanak kanak ini kita perlu tekankan kepada mereka bahagia mana yang tidak boleh ditunjuk,tidak boleh disentuh dan tidak boleh selalu melihat.



Biasa sangat kita tengok kanak kanak bergurau ketika mandi mereka akan sentuh kemaluan antara satu sama lain. Sebenarnya dari situlah mereka akan belajar untuk explore lebih jauh untuk menyentuh badan orang lain sehingga mereka ingat apa yang mereka buat setelah dewasa.

Sebab itu kita pernah dengar. Alah jangan malulah dengan aku,zaman kanak kanak kau pun mandi bogel dengan aku,pegang zakar aku.

Nampak tak kesan dia. Kita fikir kita akan lupa apa yang yang berlaku zaman kanak kanak. Tetapi memori otak kita ini boleh imbau kembali apa yang berlaku.

Dan kita perlu ingat. Akil baligh berlaku lebih cepat terhadap remaja sekarang. Akil baligh bermakna kematangan seks itu sedang berlaku. Rembesan hormon gonadotrfin(GnRH) untuk meransang kelenjar pituitary untuk merembeskan hormon Estrogen bagi perempuan dan testosterone bagi lelaki.

Perubahan hormon ini sebenarnya memberi kesan besar kepada bentuk badan,pemikiran dan tingkah laku mereka. Sebab itu kita pernah dengar kanak kanak berusia 13 tahun hamil dan 15 tahun sudah berbelas kali melakukan hubungan seks bebas.

Puncanya didikan awal kanak kanak itu tidak didedahkan kepada mereka. Sehinggakan mereka tidak tahu perubahan yang berlaku kepada badan mereka sendiri. Saya ingin tekankan disini kepada ibu bapa. Ajar anak anak kecil kita mulai hari ini. Zakar,faraj atau kemaluan mereka adalah tempah yang langsung tidak boleh disentuh, dipegang oleh sesiapa pun hatta adik beradik mereka sendiri.



Ajar kepada mereka untuk sentiasa tutup bahagia tersebut. Dengan erti kata lain jangan ajar mereka bebogel. Sebolehnya didik mereka dari kecil pakai pampers atau seluar terus dari dalam bilik air setelah mandi atau buang air. Tindakan begini sebenarnya ingin kita wujudkan sifat malu dalam diri mereka.

Anak saya sendiri. Saya tidak ajar dia berbogel walapun selepas mandi. Dalam bilik air lagi terus pakaikan seluar atau tutup dengan tuala.

Kesannya bila umi dia pakaikan seluar untuk dia dalam bilik. Terus dia cakap. Abi jangan tengok,saya malulah. Sambil dia tutup bahagian kemaluan.

Dan kita mak ayah perlu tunjuk tauladan yang betul kepada anak anak. Ini mak ayah sendiri mandi bogel bersama anak. Berseluar dalam di dalam rumah tanpa rasa malu kepada anak anak. Ini sebenarnya kita tunjuk tauladan yang tidak baik kepada mereka.

Paling saya terkejut pernah tengok satu video kanak kanak yang dirakam oleh seseorang sedang bercerita aksi hubungan intim mak ayah sendiri. Jadi mak ayah tolong. Setiap perlakuan kita sedang ditonton oleh anak anak,didik anak dengan tauladan yang baik. Ajar mereka adab adab berpakaian dan pergaulan dengan rakan rakan lain terutama sepupu mereka.

Moga bermanfaat.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,627 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen