“Masa Mak Ayah Sibuk, Anak Suka Tanya Macam-Macam Pula..” Cuba Beberapa Kaedah Ini.

 

Bagi para ibu bapa yang memiliki anak kecil pasti sering berhadapan dengan situasi begini. Sebagai cotnoh, ketika sedang memasak, anak-anak memanggil ajak bermain bersama, ada juga yang suka tanya macam-macam perkara. Nak masak pun tak senang.

Bagi si bapa pula, ketika sedang sibuk buat kerja di computer atau repair sesuatu barang yang rosak, ketika itulah anak-anak kecil bersungguh-sungguh mahukan perhatian pula.

Jadi, macam mana nak selesaikan masalah sebegini…

Ikuti beberapa kaedah daripada ini…

1. Sentuhan.

Memang benar ketika itu para ibu bapa sibuk dengan kerja yang dilakukan, tetapi jika betul-betul tak dapat meluangkan masa dengan anak-anak pada waktu tersebut. Perge ke arahnya sebentar, dan pegang tangannya atau memeluk mereka terdahulu.

Beritahu mereka, anda sibuk, nanti lepas kerja selesai baru main bersama. Dengan cara ini tidaklah mereka rasa tersisih nanti.

2. Bagi anak-anak yang tidak suka dengan sentuhan atau pelukan.

Katakan pada mereka anda akan sentiasa ada untuk mereka jika mereka mahukan pelukan. Kata pada mereka “Nanti dah okay, cakap dengan ibu ya, peluk ibu..”

Kemudian biarkan saja dia lepaskan rasa marah dan geram disatu sudut.

Tapi pastikan kedudukan tidak jauh supaya dapat memantau mereka dalam keadaan yang lebih baik. Supaya dapat menghantar energy positif dalam diri anak-anak.

3. Perkataan yang mengesahkan.

Seperti point nombor 1 di atas, anda perlu sahkan apa yang anda lakukan. Apa yang anda sibukkan sehingga tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak kecil anda itu. Explain apa yang anda lakukan ketika itu.

Jangan terus beritahu ‘Ibu sibuk ni, tak nampak ke?’ sentap hati anak kecil itu nanti.

4. Melutut, eye level dan eye contact.

Ini adalah cara komunikasi yang betul dengan anak-anak kecil. Bila nak berbicara dengan mereka, terutamanya apabila dikacau ketika sedang sibuk, anda perlu duduk sama ‘level’ dengan anak-anak kecil. Melutut supaya aras ketinggian sama dengan anak, rasionalnya adalah supaya tahap ego ibubapa dapat diturunkan. Eye level dan eye contact juga penting, supaya anak dapat merasai betapa sayangnya ibubapa anak ini padanya.

Bila dah sama eye level, pandang ke dalam mata anak dengan penuh kasih sayang dan senyum. Tanyakan dengan lembut, apa yang mereka mahu kan sebenarnya.

Cuba penuhi segera sebaiknya kalau mampu.

Kalau tak mampu, berkatalah dengan nada yang lembut supaya mereka dapat memahami bahawa waktu tersebut anda sibuk. Kemudian baca doa ini:

Image may contain: stripes and text

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,482 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen