Jangan Mengeluh Ketika Menerima Tetamu, Kerana Banyak Kelebihan Yang Kita Dapat.

 

Hari minggu ini adalah minggu yang terakhir kita menyambut bulan Syawal. Ketika bulan Syawal ini sudah tentu kita akan menerima pelbagai jemputan open house, malah dijemput untuk ke open house juga.

Jadi, pada pengakhiran minggu ini sudah tentu badan terasa letih seperti tidak cukup rehat dan tidur yang sewajarnya. Namun, jangan lah mengeluh menerima tetamu pada waktu ini kerana terdapat pelbagai kelebihan yang anda tidak sedar sebenarnya.

Seperti..

  • Tanda dia adalah orang yang beriman.
  • Menyambut tetamu adalah sunnah Rasulullah SAW.
  • Segala urusan akan dipermudahkan.
  • Pertemuan anda dengan tetamu bakal menggugurkan dosa.
  • Untuk menghilangkan kebencian tetapi mengeratkan hubungan.

Ikuti sedikit perkongsian berkenaan dengan kisah pada zaman Rasulullah SAW, ketika diri Baginda sebagai tetamu…

********

”Harga Seorang Tamu“

Ada seorang perempuan mengeluh kepada Rasulullah SAW kerana perilaku suaminya.

Suaminya selalu mengundang orang-orang datang ke rumahnya dan menjamunya sehingga tamu-tamu tersebut menyebabkan si isteri menjadi kelam kabut dan merasa penat.

Lalu wanita tersebut keluar meninggalkan Rasul SAW dan tidak mendapatkan jawapan apa pun dari Rasulullah SAW.

Setelah beberapa waktu...

Baginda pergi ke rumah suami-isteri tersebut, maka Baginda bersabda kepada si suami :

"Sesungguhnya aku adalah tamu di rumahmu hari ini."

Betapa bahagianya si suami demi mendengar ucapan dari beliau, maka dia segera menghampiri isterinya untuk memberitahu bahawa tamu hari ini adalah Rasulullah SAW.

Si isteri pun merasa bahagia kerana kabar tersebut, dia pun segera memasak makanan yang lazat dan nikmat.

Dia lakukan hal tersebut dengan penuh rasa bahagia di dalam hatinya.

Ketika Baginda mahu pergi dari rumahnya setelah beliau mendapatkan kemuliaan dan merasa bahagia dengan keredhaan pasangan itu.

Lantas Rasulullah SAW bersabda kepada suaminya :

"Ketika aku akan keluar nanti dari rumahmu, panggil isterimu dan perintahkan dia untuk melihat ke pintu tempat aku keluar."

Maka si isteri melihat Baginda keluar dari rumahnya diikuti oleh binatang-binatang melata, seperti kala jengking dan berbagai binatang yang berbahaya lainnya di belakang Rasulullah SAW.

Terkejutlah si isteri dengan apa yang dilihat di depannya.

Maka Rasulullah SAW bersabda :

"Seperti itulah yang terjadi. Setiap kali tamu keluar dari rumahmu, maka keluar pula segala bala', bahaya dan segala binatang yang membahayakan dari rumahmu."

"Maka inilah hikmah memuliakan tamu dan tidak berkeluh kesah kerana kedatangannya."

Rumah yang banyak dikunjungi tamu adalah rumah yang dicintai ALLAH.

Begitu indahnya rumah yang selalu terbuka untuk anak kecil atau dewasa.

Rumah yang di dalamnya turun rahmat dan berbagai keberkahan dari langit.

Rasulullah SAW bersabda :

"Jika ALLAH menginginkan kebaikan terhadap satu kaum, maka ALLAH akan memberikan hadiah kepada mereka.

Para sahabat bertanya :

"Hadiah apakah itu, ya Rasul?

Rasulullah SAW bersabda :

"Tamu akan menyebabkan turunnya rezeki untuk pemilik rumah dan menghapus dosa-dosa penghuni rumah."

Rasulullah SAW bersabda :

"Rumah yang tidak dimasuki tamu (tidak ada tamu), maka Malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalamnya."

Rasulullah SAW bersabda lagi:

"Tamu adalah penunjuk jalan menuju Syurga."

Dan...

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tamunya."

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,407 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen