Sebelum Anda Bersuami, Baik Fokus 4 Perkara Ini Dulu, Ladies!

 

Sebagai seorang wanita yang sedang menanti dan mencari jodoh, sudah tentulah ia menimbulkan rasa risau di hati apabila melihat rakan-rakan disekeliling kita sudah bertemu jodoh mereka. Rakan yang dulu sibuk bersama kita kini sedang sibuk menguruskan makan pakai suaminya, sedangkan kita masih lagi sibuk menguruskan diri sendiri sahaja.

Tunggu jangan tunggu dengan sia-sia. Pastikan sambil kita menunggu jodoh datang itu kita juga mempersiapkan masa depan yang cerah untuk masa depan kita. Dalam masa menunggu itu, banyak perkara yang boleh kita lakukan, jangan sia-siakan masa yang ada itu hanya semata-mata ingin melayan risau di hati sahaja.



Dalam banyak masa terluang ini, banyak perkara yang kitab oleh lakukan sebenarnya. Tidak hanya menunggu jodoh tiba tetapi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik serta meluangkan masa bersama yang tersayang. Bukannya sudah berkahwin nanti anda tidak berpeluang melakukan semua ini, tetapi masa yang ada pada ketika itu lebih terhad kerana anda akan sibuk menguruskan keluarga anda sendiri.

Perkara apa yang seorang wanita sedang menunggu jodoh boleh lakukan?

1. Luangkan masa bersama ibu bapa.

Banyak orang yang tidak mengambil berat akan perkara ini kerana merasakan mereka akan kekal bersama selama-lamanya. Apabila anda menyedari bahawa umur anda semakin meningkat maka anda juga perlu sedar bahawa ibu bapa anda semakin menua. Maka dengan itu, cuba untuk luangkan masa bersama dengannya sebanyak mungkin terutama belajar bagaimana mereka menguruskan rumahtangga dan anda juga boleh belajar memasak dari ibu anda.

Bukannya selepas berkahwin anda tidak boleh lakukan semua perkara ini tetapi mungkin masa yang ada miliki itu agak terhad malah anda juga belum tentu mempunyai kesempatan untuk bermanja dengan mereka lagi.



2. Adik beradik.

Bukan meluangkan masa bersama ibu bapa sahaja yang penting, dengan adik beradik juga penting. Ini kerana, selepas sahaja anda berkahwin atau abang kakak anda berkahwin mereka kalian akan lebih memfokuskan rumahtangga kalian berbanding meluangkan masa bersama adik beradik.

Sebelum berkahwin ini luangkan banyak masa bersama barulah anda banyak mencipta kenangan yang manis sekaligus membuat hubungan bertapa erat serta rindu akan adik beradik apabila berjauhan. Bukan tidak boleh berjumpa di kampung selepas berkahwin tetapi berapa kali sahaja kalian akan pulang sekali di rumah ibu bapa bukan ke rumah keluarga mertua.

3. Kejaya.

Dalam masa yang masih banyak terluang ini, anda juga sempat untuk membina kejaya anda. Miliki kejaya yang seimbang serta hebat ini mampu membantu anda menjadi seorang yang lebih bermotivasi akan hidup anda. Tidak hanya itu, anda juga mampu mendapatkan pasangan yang hebat sesuai dengan diri anda.

Ini kerana, anda tidak akan tahu apa yang berlaku di kemudian hari, jadi bila anda mempunyai kejaya yang luas dan stabil ia mungkin akan membantu anda kelak. Jangan hanya mengharapkan pasangan yang belum tentu akan setia bersama anda selamanya.



4. Simpanan.

Perkara ini juga merupakan perkara yang tersangatlah penting. Jangan biarkan hidup anda terlalu bergantung dengan pasangan anda kelak. Sekurang-kurangnya anda miliki simpanan sendiri apabila sudah berkahwin. Jangan berkongsi simpanan ini dengan pasangan anda.

Ini wang anda, ia berguna disaat kecemasan yang anda tidak terjangka. Mana tahu suami anda tidak meninggalkan anda harta kelak.

Jangan menganggap perkara ini begitu mudah dan sambil lewa. Apabila anda sudah berkahwin anda akan lebih ingin memfokuskan hidup anda bersama pasangan serta anak-anak anda. Masa itulah anda akan mula merindui masa-masa bersama ibu bapa serta adik beradik anda.

Bahkan apabila anda berdepan dengan masalah kewangan, pada ketika itu jugalah anda merasakan bahawa bertapa ruginya anda mensia-siakan sama bujang anda dengan hanya menunggu pasangan hidup bukan mencipta kejayaan diri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,001 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen