Amalkan Istighfar Dalam Rumah Tangga Selalu, Kerana Ini 8 Kelebihan Yang Anda Perlu Tahu.

 

Sebagai seorang muslim, amalan beristighfar amatlah digalakkan kerana mempunyai banyak kelebihan. Terutamanya bagi mereka yang bakal berkahwin dan sedang berumah tangga. Manfaatnya dalam rumah tangga sangat besar sehingga pasangan suami isteri akan berasa tenang. Rumah sendiri ibarat masjid dan syurga.

Jom lihat 8 kelebihan beristighfar ini..

1. Suami Isteri akan diampunkan dosa.

‘Sedangkan Lidah Tergigit, Inikan Pula Suami Isteri’

Rencah rumah tangga seiring dengan perbezaan pendapat. Pasti akan berlakunya pergaduhan yang membuatkan suami isteri berasa dendam dengan pasangan sendiri. Jadi, cepat-cepatlah beristighfar. Jauhi diri daripada godaan syaitan.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda;

Allah telah berfirman;

“Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” [Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi]

2. Bakal dikabulkan permintaan seperti zuriat.

Sentiasa amalkan istighfar kerana Allah SWT akan perkenankan segala apa yang anda hajati seperti untuk memiliki cahaya mata.

Kisah dari Imam al-Qurtubi;

“Adanya seorang lelaki yang tidak mempunyai zuriat telah menemui Hasan al-Basri, kemudian telah dinasihatkan oleh Hasan untuk mengamalkan Istighfar. Setelah beberapa ketika mengamalkan istighfar, lelaki itu kembali kepada Hasan untuk memaklumkan kehamilan isterinya.”[Riwayat Ibnu Shabih]

3. Diberi kekuatan untuk menghadapi ujian rumah tangga.

Dengan mengamalkan istigfar selalu, suami isteri akan diberikan kekuatan jiwa untuk menempuh lautan badai dalam rumah tangga.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!” (Surah Hud: 52)

4. Untuk menyembuhkan penyakit.

Rezeki itu datang dari-Nya. Sakit itu juga datang dari-Nya. Maka doalah semoga disembuhkan pelbagai penyakit.

“Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian, adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” [Kitab Ihya’ Ulumuddin: 1/410]

5. Keluarga akan dijauhkan dari azab dan bala.

Sebagai ibu bapa, didik anak-anak untuk mengamalkan istighfar setiap hari supaya diampunkan Allah, malah dijauhkan dari azab dan bala.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Surah Al-Anfal: 33)

6. Dikurniakan rezeki yang berkat dan berpanjangan.

Suami isteri yang mengamalkan istighfar juga akan dikurniakan rezeki yang berkat dan berpanjangan oleh-Nya.

Firman Allah SWT:

“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)” (Surah Nuh: 12)

7. Bakal keluar dari setiap masalah, kesusahan dan kesedihan.

Untuk mengecapi kebahagiaan dan kegembiraan yang berpanjangan dalam rumah tangga, istighfarlah setiap hari.

“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” [Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad]

8. Keluarga yang sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.

Selain daripada itu, suami isteri yang mengamalkan istighfar ini akan sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh Allah SWT. Kerana dia telah menggembirakan Allah, malah dicintai Allah SWT.

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya bagaikan orang yang tidak berdosa.”[Riwayat Ibnu Majah]

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,931 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen