5 Tanda Anda Sebenarnya Pura-Pura Kaya.

 

Pada zaman sekarang, hidup dalam kepura-puraan adalah jalan singkat untuk menunjukkan kebahagiaan diri sendiri. Terutamanya dengan menunjukkan harta kekayaan agar orang sanjungi dan hormati. Dengan pura-pura menunjukkan kekayaan juga sebenarnya, hati sering berasa sunyi dan mahukan perhatian orang sekeliling.

Orang luar sangkakan, kita memang benar-benar kaya, tetapi ia adalah cara untuk menunjukkan kita bahagia…

Jom Lihat Tanda-Tanda Kita Sebenarnya Pura-Pura Menjadi Kaya…

1. Hidup sentiasa dalam keseronokan.

Dengan adanya pelbagai aplikasi sosial media, ia menjadi platform untuk anda tunjukkan kekayaan pada dunia. Hidup yang sentiasa dalam keseronokan, berfoya-foya dengan dengan wang pendapatan malah sentiasa menunjukkan jumlah wang di sosial media.

Ia seolah-olah wang adalah segalanya bagi anda. Tanpa wang, orang tidak akan memandang. Jadi, anda semakin seronok menunjuk wang pada umum.

2. Hidup hanya untuk mempamerkan gaya hidup mewah.

Hidup anda juga tidak habis-habis mempamerkan gaya hidup kemewahan. Sentiasa melancong ke luar negara. Membeli kereta berjenama, hangbad berjenama, jam berjenama, kasut berjenama sehingga tidak lupa untuk tunjukkan di sosial media supaya mereka tahu ia adalah hasil titik peluh anda.

Padahal, ia bukannya dijadikan sebuah cerita inspirasi, tetapi anda semakin seronok apabila nama sentiasa diingati.

3. Hidup sentiasa berbual tentang harga barang tetapi bukan nilai barang.

Apabila kita terfikir untuk membeli sesuatu barang, pernah atau tidak mempersoalkan nilai barang tersebut? Adakah ia akan susut atau akan meningkat dalam jangka masa yang panjang.

Bak kata orang “Tiada Value!”

Sebagai contoh;

Kereta: Semakin lama, semakin kurang value-nya.

Ini bermaksud anda tidak pernah berbual tentang hartanah, simpanan atau pelaburan. Tetapi hanya fokus pada kebendaan yang kurang value.

4. Hidup hanya dengan pujian dan pengiktirafan orang sekeliling.

Orang yang pura-pura kaya ni sebenarnya mengharapkan pujian dan pengiktirafan orang sekeliling sahaja. Tidak suka dikritik apatah lagi dikecam. Apabila diperlakukan sedemikian, mula mengatakan orang-orang ini toksik dan negatif. Orang-orang ini perlu dibuang!

Padahal untuk membina kejayaan, perlu menerima segala kritikan supaya boleh belajar daripada kesilapan. Bukannya bongkak diri.

5. Hidup dikelilingi dengan orang yang fake!

Orang yang hidup pura-pura kaya juga sebenarnya dikelilingi dengan orang yang ‘Fake’! Sama seperti dengan dirinya. Hanya kelompok yang sama selepas membuang orang-orang yang dia tidak suka. Ini kerana orang sekeliling adalah refleksi diri sendiri. Kita pura-pura kaya, orang sekeliling pun pura-pura kaya.

Jadi, hiduplah dalam realiti....

Belajar terima hakikat....

Belajar untuk menjadi orang rendah diri....

Kerana rezeki itu datang daripada Ilahi....

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,241 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen