“Jadilah Ibu Bapa Yang Bijak, Jangan Habiskan Duit Hantaran Yang Diterima..” Pesan Lelaki Ini.

 

Diikutkan tipikal adat melayu berkenaan dengan perkahwinan adalah, hantaran wajib ada. Kemudian pihak lelaki juga perlu menyediakan wang kenduri untuk pihak perempuan dimana ia menyeksa jiwa raga bakal pengantin lelaki.

Sehingga ada yang menjadi anak derhaka dan sebagainya.

Pada masa kini, jangan jadi ibu bapa tipikal mengikut trend terkini…

Tetapi jadilah ibu bapa yang bijak dalam mengendalikan perkahwinan anak-anak, perlu ikut landasan islam & syariat. Malah, jangan mengikut keinginan dan kepuasan hawa nafsu sahaja.

Berikut adalah perkongsian dan nasihat daripada saudara Azizul Azli Ahmad berkenaan dengan isu ini…

********

Related image
Gambar Sekadar Hiasan. Kredit: Google.

#TabungKahwin.

1. Kita ada satu budaya kahwin, habiskan duit hantaran yang diterima.

Ia tiada dalam amalan agama sebenarnya.

2. Duit kenduri harusnya dari ibubapa pengantin sendiri, kenduri atas rasa syukur anak kita bakal dilamar dan jadi raja sehari.

"Ada sikit buat sikit, ada banyak buat banyak. Ikut kemampuan kita".

3. Selepas kahwin kehidupan lebih mencabar.

Jadilah ibu bijak seperti Puan ini. Ketika orang mintak duit dari kita, kita sediakan panduan atau syarat nak buat apa.

Kita juga ada hak kerana ia duit kita. Jangan nak habiskan begitu saja.

Image may contain: 1 person, text

4. Runding secara baik dan bijaksana, santuni rombongan meminang kita dan nyatakan apa yang kita akan buat dengan duit itu.

"Jika dapat duit itu, dijadikan deposit rumah pertama buat mereka. Mereka juga dapat rumah lepas kahwin nanti.".

"Hantaran ini kami beri dalam bentuk dinar emas, agar lebih terjaga nilainya".

"Anak saya dah beli rumah, cadangnya nak dijadikan hantaran nanti rumah ini.".

"Kenduri nie kita buat kecil sahaja, lebih duit nanti untuk mereka mula hidup nantinya".

"Barang hantaran kita beli mesin basuh, peti sejuk, periuk nasi sebab semua tu nak guna nanti".

5. Jadi ibubapa yang bijak urus perkahwinan anak kita.

Kahwin itu sekali, biarlah kekal abadi. Bukan meriah, tetapi merempat susah.

Pernikahan tidak saja berisi pelukan tapi juga perkelahian, jika tiada wang.

#MudahDanBijakUrusanKahwin

********

Semoga Bermanfaat Dan Semoga Permudahkan Perkahwinan Anak-Anak Generasi Sekarang!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen