Mesti Baca! 6 Sebab Lelaki Gemuk Lebih “Awesome”.

 

Kegemukan adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, kegemukan hanyalah dikenalpasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular. Tetapi sejak lima tahun kebelakangan, masalah kegemukan ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes. Kegemukan adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh pakar perubatan. Lelaki dikatakan obesiti sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25%.



Punca Lelaki Gemuk?

Umur.

Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.

Gender.

Biarpun kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obesiti berbanding dengan lelaki, tetapi tidak mustahil bagi lelaki mengalaminya.

Faktor keturunan.

Jika keluarga mempunyai masalah kegemukan, tidak mustahil bagi lelaki atau wanita menerimanya juga.



Aktiviti fizikal.

Lelaki yang kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah sangat terdedah kepada peningkatan obesiti.

Faktor psikologi.

Ramai lelaki yang gemar melepak selepsa bekerja dan makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidakstabilan emosi.

Penyakit.

Walaupun tidak kerap, kegemukan boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.

Ubat-ubatan.

Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.



Lelaki Gemuk Tetap Awesome!

Kebanyakan orang berfikir tentang negatif daripada positif tentang isu gemuk. Lelaki gemuk mudah diserang penyakit, tidak pandai berfesyen dan susah mendapat pasangan hidup. Tapi siapa sangka ada wanita yang lebih memilih lelaki gemuk berbanding lelaki kurus.

1. Rasa selamat.

Mungkin fizikalnya yang besar menyebabkan wanita rasa selamat berada dengannya. Orang yang ingin ganggu pun rasa takut dengan teman lelaki anda yang punya fizikal besar itu.

2. Lebih hangat.

Ianya menjadi alasan utama kenapa wanita lebih sukakan lelaki gemuk berbanding lelaki kurus. Lelaki gemuk akan memberikan jaketnya pada anda ketika kesejukan. Bekalan lemak di tubuhnya akan membuatkan ia lebih bertahan dalam cuaca sejuk.

3. Pipi dicubit.

Pipi lelaki gemuk yang montel itu gemar dicubit oleh wanita. Bukan sahaja pipi mereka saja jadi sasaran, bahagian perut yang gendut juga menjadi tempat untuk dicubit. Anda merasakan geram dengan pipi mereka yang comel.



4. Tidak memilih makanan.

Satu lagi perkara yang menyenangkan bila bersama dengan lelaki gemuk ialah mereka langsung tidak cerewet dengan makanan, boleh menerima dan makan. Bayangkan jika anda sudah berumah tangga nanti, apa yang anda masak diterimanya. Mereka boleh makan apa sahaja.

5. Boleh menghabiskan makanan.

Jika anda tidak habis makan, jangan bimbang kerana teman lelaki anda yang berbadan besar ini boleh menghabiskan makanan anda.

6. Kelakar.

Mereka ini disukai kerana sikap mereka yang peramah dan mempunyai sense of humor. Melihatkan fizikal mereka sahaja kita sudah ketawa apatah lagi bila mula bersuara.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen