8 Cara Semulajadi Halau Lipas Sedang Berpesta Di Kereta Anda.

 

Masalah terlalu banyak lipas dalam kereta ini sememangnya buat sesiapa tidak selesa. Mana tidaknya, kalau tengah memandu itu boleh pula si lipas ini main terbang sana sini. Kalau yang tidak takut lipas itu tak apa lah, yang kalau takut lipas lari tak cukup tanah ini yang menakutkan. Yelah, takut pemanduan jadi tidak selamat pula.

Paling tidak seronoknya adalah bila kita cuba cari sarang lipas ini tidak jumpa pula, tapi bila waktu malam mereka ini bagaikan berpesta pula. Eee, memang menjijikkan…

“Arrgghh… Stresnya aku tengok anak-anak lipas yang berkeliaran dalam kereta ni. Manalah agaknya sarang dia. Tak boleh jadi, nanti dibiarkan makin seronok dia beranak-pinak. Apa petua menghalau lipas dan kaum kerabat dia semua sekaligus ya?”



Berikut adalah 9 petua menghalau lipas dengan menggunakan bahan semulajadi. Mudah, tapi amat berkesan!

1. DAUN PANDAN



Salah satu cara paling mudah dan berkesan adalah menggunakan daun pandan. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas.

Caranya mudah, cuci terlebih dahulu dan hiriskan daun ini untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan dalam beg kain yang berjaring halus.

Kalau nak ikatkan dan letak terus dalam kereta pun boleh, tapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Malah, mungkin boleh menarik serangga lain pula.

2. DAUN DURIAN BELANDA



Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan di atas. Tapi, ada yang mengatakan ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering.

Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.

3. SEMBURAN SERAI WANGI

Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda.

Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.

Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.

4. BAKING SODA



Salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas, tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.

Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.

5. ‘GLUE TRAP’

Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi.

Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya.

6. LISTERINE

Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine.

Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.

7. MINYAK AROMATERAPI



Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda.

Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.

8. VAKUM BAWAH KARPET



Kebanyakan lipas ini bersarang di dalam rangka kereta kerana ianya sukar dicapai oleh manusia. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan semakin teruk, cuba bawa kereta anda ke carwash untuk cuci bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya.

Mereka juga mungkin mempunyai solusi lain dan teknik tersendiri untuk membunuhlipas ini dengan pantas dan berkesan.

JAGA KEBERSIHAN DALAM KERETA

Dalam tempoh membunuh dan menghalau lipas ini, cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan, cepat-cepat bersihkan dan jangan tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,543 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen