Antara Keburukan Mohon Personal Loan Untuk Deposit Beli Rumah.

 

Pada masa kini, ada juga segelintir dari anak muda berkejar-kejar untuk membli rumah atas nama sendiri. Namun, yang menjadi halangan adalah tiada simpanan untuk membeli rumah, dan mahu memohon personal loan sebagai deposit rumah.

Kepada anda yang mahu membeli rumah dengan memohon personal loan atau pinjaman peribadi ini, ikuti kisah dan nasihat yang dikongsikan oleh saudara Harith Faisal ini dulu…

********

“Harith, kalau aku mohon personal loan untuk deposit beli rumah, boleh ke?"

Saya langsung tak terkejut dengan soalan macam tu sebab normallah anak muda sebaya saya takda simpanan RM20,000-RM30,000 sebagai modal beli rumah. Setuju?

Dana kecemasan sama dengan 3 bulan gaji pun terkial-kial nak buat. Apatah lagi modal untuk beli rumah berpuluh ribu. Itu normal.

Tapi saya tak suka jadi normal macam anak muda lain, beli kereta mahal, melancong ke luar negara, majlis kahwin nak grand konon raya sehari. Tapi simpanan untuk beli rumah, takda. Sedih bangat.

Jawapan saya, janganlah mohon pembiayaan peribadi semata-mata nak untuk modal beli rumah. Sebab tu saya selalu tekankan,

"Walaupun korang rasa tak nak beli rumah lagi sekarang ni, buat jugalah tabung rumah. Nanti bila tiba-tiba korang dapat hidayah untuk beli rumah, modal dah ada masa tu."

********

Keburukan Modal Beli Rumah Dengan Pembiayaan Peribadi:

1. Komitmen bulanan menjadi tinggi hanya untuk satu rumah. Lagi-lagi kalau kau duduk sendiri rumah tu. Cubalah elakkan ya.

2. Kalau disewakan rumah tu, susah nak dapat aliran tunai positif sebab komitmen tinggi sangat. Saya tak rajin nak buat kira-kira pagi ni. Kira sendiri ya.

3. Kelayakan pembiayaan rumah semakin berkurang. Contoh, sebelum ni layak rumah RM200K patutnya. Lepas ambil pembiayaan peribadi, mungkin layak RM100K saja.

4. Kesan buruk kepada loan profile. Dahlah gaji ciput pula tu. Penyudahnya, pembiayaan peribadi lepas, pembiayaan rumah pula sangkut. Kalau gaji besar, suka hati kaulah.

5. Kalau buat pembiayaan peribadi selepas lulus pembiayaan rumah? Masih kena ada modal awal juga. Bukan boleh booking rumah pakai air liur saja dik oi!.

Malah, semalam saya dapat call daripada sahabat saya bertanya soalan mewakili kawannya. Juga ada kaitan dengan personal loan.

Tentang berbaloi ke dia buat personal loan untuk beli perabot supaya dapat full furnished kan unit rumah yang bakal dia sewakan nanti. Dia baru beli rumah tu.

Setelah saya korek, rupa-rupanya personal loan yang dia nak buat tu juga adalah untuk top-up ansuran bulanan rumah kerana rasa tidak yakin untuk bayar setiap bulan.

Rumah baru beli, baru nak kena mula bayar ansuran, tapi tak yakin untuk bayar setiap bulan. Aduh! Tapi saya dah bagi advice baik punya. Harap-harap dapat bantu dia. Lain kalilah saya buat posting pasal ni pula.

Apa-apa pun, buatlah kiraan sendiri ya. Sesuaikan dengan perancangan short term dan long term kau. Hidup kau, bukan hidup orang lain.

Kalau dah tersontot sampai rumah kena lelong, hujung bulan makan maggi, jangan kata saya tak pernah ingatkan pula. Ha! – HF

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,235 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen