Lelaki Tak Suka Kena Paksa Kalau…

 

Bagi kaum wanita tidak kira sama ada sedang berkenalan dengan seorang lelaki atau sedang membina rumah tangga, ada beberapa perkara yang lelaki tidak suka dipaksa.

Jadi, tips untuk memahami seorang lelaki, kaum wanita perlu tahu lelaki tidak suka;

1. Dipaksa untuk bercakap pada perkara yang tidak penting.

Kaum wanita harus tahu bahawa lelaki akan suka bercakap atau banyak bercakap pada pekara yang hanya menarik minat mereka sahaja. Malah pada perkara yang mereka rasakan sangat penting pada waktu tersebut.

Cuba lihat sekiranya teman lelaki atau suami anda berkongsi cerita mengenai hobi masing-masing, sebenarnya pada waktu saat itulah mereka akan mula bercakap tanpa henti. Akan tetapi, kaum wanita menghiraukannya tanpa sedar.

Sebab itu kaum wanita merasakan, kenapa lelaki banyak berdiam diri, padahal mereka sebenarnya banyak juga bercakap. Keep alert ya wahai wanita!

2. Dipaksa untuk berpisah atau menyebut perkataan ‘Berpisah’.

Sebenarnya selagi lelaki tersebut tidak menyebutkan perkataan ‘Berpisah’, selagi itu mereka masih mahu selamatkan hubungan tersebut. Sekiranya kaum wanita menyebut ‘berpisah’ berulang kali tanpa henti sehingga lelaki tersebut memang benar-benar mahu ‘berpisah’, ketika ini jangan menyesal…

Kerana apabila lelaki menyebut tentang perpisahan, hatinya memang sudah tawar dan berlalu pergi.

Masa ni jangan pula “I menyesal putus dengan u. I tak bermaksud pun nak putus dengan u….”

"Eh, dia ni memang betul-betul nak putus dengan aku ke?"

3. Dipaksa untuk mempunyai sosial media.

Ada juga sebilangan lelaki yang tidak mempunyai semua sosial media. Tidak semua lelaki ada whatsapp, telegram, instagram, wechat, twitter dan facebook keseluruhannya. Kalau ada pun setakat whatsapp dan facebook sahaja. Ataupun whatsapp dengan instagram.

Jadi, jangan paksa mereka untuk upload aplikasi lain sekiranya mereka tidak mahu. Kerana itu semua tidak penting pun. Kalau ada pun, pasti tidak active.

4. Dipaksa untuk komen atau like.

Lelaki juga tidak suka dipaksa untuk komen atau like pada post/gambar yang tiada motif bagi mereka. Fikiran lelaki tertarik bagi perkara yang penting dan bermotif. Asalkan ada kaitan dengan hidupnya pasti mereka akan like atau komen.

Ataupun sekiranya mereka minat atau admire pada seorang wanita, dia akan like pada gambar tersebut.

5. Dipaksa untuk berbaik dengan adik-beradiknya.

Apabila melibatkan kekeluargaan pula, lelaki ini memiliki egonya yang tersendiri. Ketika bergaduh dengan adik-beradik sendiri, memang agak sukar untuk melihat dia berbaik-baik dengan adik-beradik secara dipaksa. Biar waktu dan masa yang menentukan.

Sebagai teman wanita/isteri, apa yang patut anda lakukan adalah memberi kata-kata nasihat sahaja bukan memaksa.

6. Dipaksa untuk meminta tolong daripada kedua ibu bapanya.

Di samping itu, kerana ego dalam dirinya kaum lelaki agak sukar untuk meminta tolong daripada adik-beradik atau kedua ibu bapanya sendiri. Ini kerana mereka tidak suka dilihat lemah terutamanya di hadapan keluarganya sendiri.

7. Dipaksa untuk berhenti merokok.

Bagi lelaki yang memang tegar merokok, hal ini pasti menjadi kepayahan ramai kaum wanita. Dah puas nasihat, tak juga diikut. Ini kerana lelaki tak suka dipaksa. Ia sebenarnya lahir atas kesedaran diri sendiri untuk berhenti atau berubah.

8. Dipaksa untuk membaca pada perkara yang tidak penting.

Dan yang paling penting adalah lelaki agak tidak suka dipaksa untuk membaca pada perkara-perkara yang remeh. Ini sama juga dengan point nombor satu, selagi ia tidak menarik minat atau perhatian mereka, selagi itu mereka memang malas membaca. Jadi, kaum wanita seharusnya menceritakan kembali apa yang sudah dibaca dengan cara yang lebih menarik.

Kalau bagi link atau artikel, tidak semestinya mereka akan baca.

Jadi, jangan suka paksa-paksa ya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,628 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen