Suami Tolong Biarkan Isteri Luahkan Perasaan Mereka, Jangan Pandang Remeh Setiap Aduan Mereka.

 

Seorang isteri ini kadang kala macam bom jangka, kita tidak tahu bila ia akan meletup sedangkan dari luar kelihatan begitu tenang dan aman. Mereka yang tidak mudah meletup, mungkin tidak boleh didekati lagi berbanding dengan mereka yang sudah meletup berkali-kali tetapi dipadamkan apinya.

Mungkin ramai lelaki yang akan bangga bila memiliki seorang isteri yang pandai berdikari dan tidak bergantung harap pada suaminya, sedangkan isteri sebegini sebenarnya bahaya. Ini kerana ia menyimpan seribu alasan dan perasaannya di dalam hati.

Suami perlu tahu bahawa anda ini adalah tempat isteri berlindung dan bergantung harap. Bahkan anda juga adalah tempat yang menyenangkan hatinya. Ramai suami-suami tidak peka bahawa gejala kemurungan atau meroyan selepas bersalin itu adalah berpunca dari suaminya sendiri.

Cuba suami-suami hadam apa yang dikongsikan oleh Farizal Radzali ini. Kalau rasa tak mampu nak tanggung semua ini, baik jangan ambil keputusan untuk berumahtangga.



"Isteri saya seorang yang baik & lemah lembut, solat tak tinggal dan rajin mengaji. Saya tak tahu kenapa dia sanggup bunuh anak sendiri."

Tiada mak normal yang sanggup cederakan anak sendiri. Saya pasti & yakin 300% mmg TIADA! Andai kalian tahu, hati seorang mak akan terhiris pedih bagai luka direnjis garam andai anaknya digigit nyamuk sekalipun.

Gejala kemurungan selepas bersalin @ meroyan, suatu gejala yang melibatkan emosi & psikologi tanpa disedari oleh penghidapnya. Gejala ini tak semestinya terjadi kepada isteri yang baru melahirkan anak semata-mata. Ianya boleh terjadi setelah setahun dua tahun atau bertahun-tahun selepas melahirkan anak. Walaupun setelah melahirkan, isteri terbabit nampak normal, tapi dia mungkin hanya menyimpan penyakit tersebut dalam dirinya dan meledak bila masanya sampai akibat tiada penyembuhan.

Insan paling dekat dengan seorang wanita yang bergelar isteri/ibu ialah suaminya. Seorang isteri, walaubagaimana sekelilingnya mencemuh dirinya, membenci dirinya, mengabaikannya, tetapi selagi suaminya berdiri kukuh mempercayainya, mempertahankannya dan menjaga dirinya dengan ikhlas & penuh kasih sayang, percayalah bahawa isteri itu tetap akan bahagia.



Suami, tolonglah biar isteri meluahkan perasaannya. Ketahuilah bahawa andai suami boleh meredakan kerunsingannya melalui tidur atau merokok, maka isteri meredakan kerunsingannya melalui meluahkan perasaannya. Sebab tu isteri dilabelkan kuat membebel. Jika anda dah berkahwin melebihi 6 tahun dan punyai anak sekurang-kurangnya 2 orang & isteri anda tidak pernah membebel, anda kena buka file X di rumah anda sebab ada sesuatu yang tak kena dengan isteri anda.

Mungkin kalian tak dapat selesaikan masalahnya tapi kalian mampu meringankan beban kekusutan di dada & fikirannya. Tolonglah fokus bila isteri mengadu, tolonglah dengar bila isteri membebel, tolonglah jangan memandang remeh setiap aduannya & tolonglah ambil perhatian bila isteri mula berubah. Buatlah sesuatu.

Kalau dulu banyak cakap, sekarang diam.

Kalau dulu lembut, sekarang kasar.

Kalau dulu penyabar, sekarang baran.

Kalau dulu suka senyum, sekarang suka marah.

Kalau dulu suka bersosial, sekarang suka memerap di rumah.



Bila isteri mula jadi pelupa, bila isteri mula bercakap kasar, bila isteri mula tak suka setiap kali anda menegur atau memandangnya, isteri mula tak peduli dengan dirinya sendiri, takde hati nak pakai cantik-cantik sebab azalinya seorang wanita sukakan kecantikan. Tolong ambil perhatian semua ini.

Nampaknya remeh, tapi jangan ambil mudah. Jangan bangga bila isteri kalian mampu berdikari, tak pernah merungut, tak pernah membebel, baik selalu, on time, mampu uruskan rumahtangga tanpa bantuan suami, kerana ini bukan kebanggaan tapi ini satu penindasan kepada fizikal & mentalnya jika dibiarkan dalam tempoh yang lama.

Adakala isteri ni taknak meluahkan sebab taknak membebankan suami, atau dia tahu andai meluahkan, suaminya akan memperlekehkannya atau membalas dengan lebih menyakitkan hati. Maka dia diam, pendam sendiri. Suami boleh masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau langsung tak masuk telinga tapi isteri tak boleh. Apa yang masuk di telinga kanannya, akan tersangkut di dalam otaknya & takkan keluar ikut telinga kirinya begitu saja selagi tak selesai. Ini bukan over acting atau mengada-ngada, ini kelebihan semulajadi kaum hawa yang diciptakan Allah swt. Inilah ujian kasih sayang Allah buat para isteri.



Wahai suami, tolong jaga isteri anda. Dia anugerah terindah dari Allah untuk kamu. Ada sebab mengapa dia diciptakan untuk kamu, bukan untuk orang lain. Tak perlu melihat orang lain lebih bertuah kerana memperoleh isteri lebih sempurna. Pandang diri sendiri sebelum nak pandang rendah pada isteri sendiri. Mengabaikannya hingga dia jadi insan jahat, bermakna kamu mengabaikan amanah Allah. Kamu berdosa walaupun kamu berkopiah 24/7, solat berjemaah di masjid 5 kali sehari semalam, bersedeqah keseluruhan harta kamu, berceramah seluruh negara & dikagumi seluruh alam.

Andai tak mampu menanggung 'anugerah' ini, jangan berkahwin. Berkahwin adalah separuh dari iman, tapi andai selepas kahwin anda gadaikan seluruh iman, anda abaikan amanah Allah, anda mendera isteri kurniaan Allah kepada anda, tetap tiada gunanya.

Farizal Radzali

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen