9 Ciri-Ciri Wanita Yang Mempunyai Akhlak Terpuji Dan Sesuai Nak Dijadikan Bakal Isteri.

 

Untuk mencari bakal isteri, majoriti lelaki kebiasaannya akan memandang kecantikan raut wajah seorang wanita kerana itu yang bisa membuatkan hatinya tenang. Sehingga segelintir daripada mereka gagal untuk melihat akhlak seorang wanita tersebut akibat terpana dengan kecantikan tubuh badan dan wajah.

Namun sekiranya ingin mencari jodoh, lihatlah pada akhlak dan agamanya…

Sebagaimana menurut hadith di bawah;

"Dari Amr bin 'Ash:

Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah bagaikan perhiasan, tetapi sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah” (Hadis Riwayat Nasa'i).

Wanita yang solehah sudah pasti memiliki akhlak yang terpuji dan memang sesuai untuk dijadikan bakal isteri. Antara ciri-ciri wanita ini adalah…

1. Solat.

Seorang wanita yang memiliki akhlak yang terpuji sudah pasti menjaga solatnya. Menjaga solat bermaksud, solat di awal waktu, tidak melengah-lengahkan waktu solat semata-mata ingin menonton drama, dan menjaga solat sunatnya yang lain.

2. Tidak merokok.

Pada masa kini, ada segelintir dikalangan kita bagaikan dapat menerima wanita berhijab tetapi merokok kerana ia adalah hak setiap individu. Akan tetapi, seorang wanita yang mahu menjaga akhlak nya tidak akan sesekali untuk mendekatkan diri dengan perkara yang memudaratkan kesihatannya.

3. Tidak kejam terhadap haiwan peliharaan.

Wanita yang menjaga akhlaknya juga adalah seorang yang tidak kejam terhadap haiwan peliharaan. Bukan sahaja pada kucing, pada mana-mana haiwan pun dia tidak akan melakukan kekejaman. Haiwan pun makhluk Allah SWT, jadi pasti akan berdosa apabila menganiaya binatang tanpa belas kasihan.

4. Beradab ketika makan.

Wanita yang menjaga akhlaknya, akan menjaga adab ketika makan berseorangan bahkan secara beramai-ramai. Antara adab ketika makan adalah;

  • Tidak makan berbunyi-bunyi.
  • Tidak merungut dan sampaikan pada orang lain apabila makanan itu tidak sedap.
  • Lap mulut dan tangan dengan tisu yang telah disediakan, bukan lap pada tudung atau baju.
  • Sendawa tutup mulut.
  • Tidak bergelak atau berbual sakan di depan rezeki.

5. Mempunyai penulisan atau kata-kata yang sedap dilihat dan didengar.

Selain daripada itu, wanita yang menjaga akhlaknya adalah seorang yang mempunyai penulisan atau kata-kata yang sedap dilihat dan di dengar. Apabila kita ber-whatsapp dengan wanita itu, segala ayat penulisan dan kata-katanya positif, tiada umpatan, tiada kata-kata kesat dan seumpama dengannya.

6. Suara yang amat menyenangkan.

Wanita yang menjaga akhlak ini, mempunyai suara yang amat menyenangkan. Apabila mendengar suaranya, kita berasa amat senang dan mahu mendekati dirinya, kerana kata-katanya tidak terkandung kata-kata carutan, apatah lagi kata-kata yang negatif.

7. Seorang yang jujur.

Mempunyai sikap yang jujur adalah kriteria wanita yang menjaga akhlaknya kerana mereka mementingkan kepercayaan di antara satu sama lain. Kepercayaan itu penting dalam mengikat hubungan silaturahim dan membina hubungan ukhwah.

8. Bangun pagi mencari rezeki.

Jika benar dia seorang yang solat, tidak mustahil wanita ini kelihatan usai sahaja bangun untuk subuh terus mencari rezeki. Rugi untuk terus tidur kerana rezeki itu datang pada bila-bila masa.

9. Tidak memperkecilkan hati orang lain.

Dan yang paling penting adalah, wanita yang menjaga akhlaknya adalah seorang yang akan cuba tidak memperkecilkan hati orang lain. Bukan sahaja menjaga hati ahli keluarganya, saudara mara dan sahabat handai juga pasti akan dijaga sebaik mungkin.

Ini lah antara ciri-ciri wanita yang memiliki akhlak terpuji.

Adakah Kita Tergolong Dalam Ciri-Ciri Ini?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen