7 Rahsia Isi Hati Wanita Yang Harus Anda Ketahui !

 

Setiap wanita pasti punya rahsia tersendiri, dan inilah rahsia umum yang disembunyikan daripada isi hati wanita dari pasangannya.

1. Pandai menyumbunyikan harga barangan.



Sejujurnya, wanita sangat suka bershopping. Apalagi sebahagian besar daripada kaum wanita memang tak boleh menahan diri semasa musim julan murah di mana-mana Supermarket. Mereka amat mengetahui pembelian barangan yang mahal boleh mencetuskan perdebatan dan kemarahan dengan pasangan mereka, ramai wanita yang memilih menyembunyikan harga sebenarnya dari harga asal barangan yang dibeli. :)

2. Sering memikirkan tentang seks.

Bukan cuma lelaki yang suka memikirkan tentang seks, wanita juga, hanya bezanya yang ada dalam fantasi wanita adalah pasangannya. Malangnya, di malam hari kadang-kadang kaum hawa ini terlalu letih dan kehabisan tenaga untuk mewujudkan fantasinya. Fikiran tinggal fikiran jua.

3. Takut komitmen.

Memang benar bahawa wanita sering mengimpikan perkahwinan yang romantis, serba putih, dan bersanding dengan jejak tampan. Tapi, wanita juga tidak berbeza jauh dengan lelaki, mereka juga cemas dan takut semasa memikirkan soal komitmen. Segala hal yang menimbulkan ketidakpastian memang membuat hati ragu-ragu. Apakah lelaki ini akan jadi suami yang baik, apakah perkahwinan kami akan bahagia, dan sederetan keraguan lain seterusnya penuh persoalan di fikiran bila ingin membicarakan tentang perkahwinan.



4. Tetap perlu bantuan.

Wanita masa kini memang lebih moden dan berdikari, tapi bagaimana pun juga dalam hati kecil setiap wanita memerlukan bantuan dan perlindungan dari pasangannya. Membetulkan kereta yang rosak, mempunyai pengetahuan yang luas, atau sekadar membawakan beg, sudah membuat wanita merasa lebih feminin dan selamat bersama si dia.

5. Ingin disayangi dan dicemburui.

Rasanya setiap wanita ingin diperhatikan oleh pasangan dan sedikit dicemburui. Hal itu akan membuat wanita merasa menjadi orang yang diperlukan dan disayangi pasangannya. Itu sebabnya, ketika ada lelaki lain memuji kecantikan, kami berharap pasangan mengetahuinya dan memperlihatkan rasa cemburu.



6. Tetap berselindung pada sahabatnya.

Pada sahabat karibnya mereka selesa bercerita tentang pelbagai perkara, tapi tak semua hal dibuka begitu saja. Ada hal-hal tertentu yang tetap di simpan sendiri terutama yang sifatnya sangat peribadi, contohnya kesedihan, pergolakkan rumah tangga atau keluarganya, dan sebagainya.

7. Suka pada hal-hal romantis.

Tidak dapat tidak orang perempuan tetap menyukai perkara romantis. Setiap wanita pada dasarnya menyukai hal-hal yang romantis atau sesuatu yang boleh menimbulkan sensasi bahagia, seperti saat sedang jatuh cinta. Makanya, untuk mengulang sensasi jatuh cinta ini, kebanyakan wanita adalah peminat filem-filem cinta atau komedi romantis.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,428 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen