Hati-Hati Dalam Mendidik Anak. Kalau Ibu Bapa Tak Nak Mengalah, Anak Akan Jadi Biadab!

 

Dalam rumah tangga, adanya ilmu keibubapaan atau parenting adalah sangat penting untuk mendidik anak masa kini. Bak kata masyarakat, nak didik anak zaman sekarang lebih mencabar daripada zaman dulu kala.

Kemungkinan besar, anak-anak menjadi semakin biadap adalah disebabkan daripada sikap ibu bapanya sendiri tanpa mereka sedar.

Kenapa anak-anak zaman sekarang makin sukar dikawal dan menjadi semakin biadab?

Ikuti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Padah tak nak mengalah, Anak jadi biadab!

Image result for rude children

Depan mata sendiri saya lihat ayah dan anak ni berebut-rebut telefon. Si ayah sedang membelek telefon, tiba-tiba si anak datang rampas telefon tu. Ini biadab!

Tapi yang paling biadab sebenarnya bila tanpa rasa bersalah si ayah pergi merampas semula telefon tersebut dari tangan si anak. Si ayah 2 kali ganda biadab dari anak!

2 kali ganda biadab kerana...

1. Ayah sendiri didik anak merampas barang tanpa meminta secara elok.

Secara tak langsung si ayah mendidik anak jadi kurang adab dan tak tahu hormat barang orang lain.

2. Tidak didik hormat orang tua.

Sepatutnya tahap hormat anak pada ayah kena tinggi. Ni kalau telefon di tangan pun anak boleh main rampas je, maknanya memang tak ada hormat langsung la.

3. Kalau bukan ayah yang ajar anak tentang budi bahasa, siapa lagi?

Nak pinjam barang orang, minta izin dahulu. Kalau di izinkan baru ambil, jika tak di izinkan akur dan cuba lagi kemudian.

4. Akhir sekali yang paling berat dan kritikal. Ayah tak ajar anak minta maaf! Ini yang paling utama sebenarnya.

Anak tu belum ada akal, emosi pun tak berapa matang lagi jadi dia belum sedar apa yang dia buat tu salah.

Ayah yang dah panjang akal dan matang emosi ni la yang kena banyak mendidik dan tunjuk teladan sebenarnya. Ayah patut lebih tahu mana baik mana buruk.

Bukannya ayah pula balas membalas perbuatan anak.

Ibarat takut anak ketagih gadget tapi tanpa sedar ajar anak ketagih adab buruk. Aduh! Silap besar tu.

Kalau betul tak nak anak ketagih gadget senang je. Kat rumah simpan semua gadget. Kita tak main gadget, anak pun tak akan ada keingginan nak main gadget.

Mendidik anak bukan kena sabar sahaja tapi kena ada empati juga!

Wallahu A'lam….

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,054 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen