Nak Tambah Berat Badan? Jom Cuba Tips Ini.

 

Selalunya kita usahakan untuk membantu mereka-mereka yang sedikit berisi untuk mendapat berat badan ideal. Bukan itu sahaja, kita juga sering menggalakkan orang-orang seperti ini berjuang untuk mendapatkan badan yang cantik serta sihat.

Tetapi bagaimana pula dengan mereka-mereka yang berdepan dengan masalah sukar untuk menambah berat badan berserta dengan tidak mampu memiliki berat badan yang sesuai. Mereka ini juga perlukan bantuan dan tip-tip yang hebat bukan?

Jadi ketika masih ramai lagi ramai orang yang lakukan open house ini, sudah tentu ia adalah masa yang sesuai untuk anda menaikkan berat badan anda. Jom ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Saifullah Osman ini. Selamat mencuba!



11 Tips Naikkan Berat Badan Dengan Mudah.

Asyik tips kurus je kan. Kali ni kita kongsi sedikit info untuk mereka yang kurus & hilang banyak berat sepanjang sebulan berpuasa.

Untuk mereka yang kurus tegar. Nak naikkan berat ni memang agak mencabar & menelan kos yang tinggi. Jadi, bulan Syawal adalah peluang keemasan sebagai titik perubahan untuk naikkan berat & otot yang mengecut pada kos yang rendah (Banyak rumah terbuka kan? Hehe).

Ada 2 cara nak naikkan berat:

A. Naikkan berat dengan menternak lemak + pelbagai komplikasi kesihatan di kemudian hari.

B. Naikkan berat dengan meningkatkan peratusan otot badan.

Masa satu pilihan hati?

Saya yakin, ramai nak naikkan berat dengan cara yang sihat & selamat, bukan kaedah yang membahayakan seperti melahap kuih raya, air gas, jajan, sosej & penggunaan supplemen yang berisiko.

1. Jangan skip makan. Target makan 3-4 jam sekali. Cukupkan 6 kali makan sehari.

[3x makan utama + 3x snek bernutrisi]

2. Minimumkan air manis & kuih raya ketika membuat kunjungan Aidilfitri.

Kalau dah kenyang dengan makanan kurang kualiti, larat lagi ke bang nak makan makanan tinggi kalori & bernutrisi?

Ingat, target kita nak naikkan berat dengan cara yang selamat.



3. Bangun awal.

Lagi awal kita bangun, lagi awal kita boleh mulakan sarapan pagi & mencukupkan target hidangan harian kita.
Contoh distribusi waktu makan:


7 am, 10 am, 1 pm, 3.30 pm, 6.30 pm, 10 pm.

4. Pelbagaikan makanan yang tinggi kalori & padat nutrisi seperti susu penuh krim, greek yogult, smoothie, shake, keju, satay, lemang, rendang, kekacang, buah-buahan kering (kurma, kismis) & lain-lain.

5. Untuk impak yang maksimum, #hit keperluan kalori harian anda. Mungkin 2000, 2500 atau sampai 3000 kcal.

Boleh guna kalkulator keperluan kalori Calcprofi.

atau boleh minta rakan Dietitian tolong kirakan spesifik untuk anda. #askyourdietitian

Katakan keperluan anda 2000 kcal sehari. Target 6x makan, purata sekali makan dalam 350 kcal. Makan 3-4 potong sederhana lemang + ketupat + rendang pun dah boleh capai 350 kcal ni. Tak susah.

Boleh gunakan applikasi Play store untuk dapatkan anggaran kalori makanan harian.

6. Ambil protein secukupnya untuk membantu proses pembaikian tisu & pembinaan otot. Untuk normal individu, keperluan adalah 0.8-1.0 gram/kg badan. Boleh mencecah 2 gram/kg bergantung kepada intensiti & kekerapan melakukan aktiviti fizikal/senaman.



7. Minum air kosong secukupnya. Lagi-lagi jika anda dalam fasa diet tinggi protein selepas diambil kira intensiti & kekerapan senaman yang dilakukan.

Keperluan air: 30-40 ml/kg [Purata 2-3 liter air sehari]

8. Jangan pandang lekeh peranan buah-buahan & sayuran-sayuran. Walaupun tidak tinggi kalori seperti makanan lain, kumpulan makanan ini mampu membekalkan vitamin, mineral seperti vitamin C, B kompleks & bertindak sebagai kumpulan sokongan memudahkan lagi proses menaikkan berat badan.



9. Mula lakukan senaman/latihan bebanan utk meningkatkan kadar serapan makanan/nutrisi & merangsang anabolik tubuh untuk pembinaan otot.

Contoh: Push ups, Pull ups, Squat, Lunges, Bench press, Swimming.
Sila rujuk pakar & mereka bertauliah dalam bidang ini.

10. Ambil TINDAKAN. Tahu teori tak memberi apa-apa manfaat kalau tidak BERTINDAK. Tak ada jalan pintas untuk berjaya.

11. Nak naikkan berat badan ni umpama larian marathon yang perlukan masa sebelum mencapai berat ideal. Cuma bulan Syawal ni boleh dijadikan sebagai titik perubahan berat kita.

Taqabballahu minna wa minkum

Salam Aidilfitri 1440H/2019 =)

Kesihatan aset paling berharga kita. Semoga bermanfaat.

**Disclaimer: Tip-tip diatas adalah saranan umum untuk mereka yang kurus & tiada komplikasi kesihatan. Jika anda mempunyai sebarang penyakit, perlu rujuk doktor & mereka yang pakar terlebih dulu ya.

Saifullah Osman
-Rakyat marhaen-

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen