“Diharamkan Mendengar Suara Perempuan Yang Berbentuk Lagu Dan Irama.”

 

Kalau dengar orang perempuan ketawa kuat ataupun cakap dengan nada yang kuat, pasti akan ada yang menegur untuk perlahankan suara. Orang kata tak manis kalau ada yang pandang nanti boleh mendatangkan fitnah pula.

Tidak cukup dengan itu, kita selalu juga dengar bahawa suara wanita ini adalah aurat. Eh, habis macam mana nak bercakap dengan orang lain kalau suara itu aurat? Haa, jom kita fahami perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi ini.



Pernah sebelum ini, ada seorang artis bertudung rakam video mengucapkan ucapan sayang dengan lentok suara lemah gemalai seperti menggoda.

Bukan saja artis, gegadis bertudung lain pun banyak buat video suara dan mimik muka menggoda begitu. Bersepah dekat IG, Twitter, Tiktok dan lain-lain. Entah apa yang seronok sangat pun tahu.

Akhirnya, yang dapat adalah komen-komen berbaur lucah dari lelaki buaya darat dan jantan galak lainnya.

Paling malang, video itu disebar luas sesuka hati. Anak muda belum baligh sampai ke Atok pun tertengok. Sengih lain macam walaupun gigi dah tinggal sebatang. Hah, nak marah pun tak ada guna dah. Silap sendiri.

Baik, apakah benar suara perempuan itu aurat?

Masalah ini, ada khilaf di kalangan ulama'.

Namun begitu, menurut pendapat jumhur suara perempuan tidak dikira sebagai aurat. Ini kerana para sahabat pernah mendengar suara isteri-isteri Nabi Muhammad SAW untuk mempelajari hukum-hukum agama.

Yang diharamkan adalah mendengar suara perempuan yang berbentuk lagu dan irama sekalipun bacaan al-Quran kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah.

Allah SWT telah berfirman:

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."
[al-Ahzab: 32]

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya, Tafsir al-Qurtubi mentafsirkan ayat di atas berpendapat bawah: "Suara wanita bukan aurat kecuali bila dimerdukan, dilunakkan dan dimanja-manjakan di hadapan lelaki ajnabi."



Syeikh Atiyah Saqar dan Dr. Yusof al-Qardawi juga berpendapat sedemikian rupa.

Konklusinya, suara perempuan tidaklah aurat kecuali sengaja melunak manja, menggoda atau berlemah lembut dengan lelaki ajnabi (lelaki asing) hingga membangkitkan syahwatnya.

Cukup cantik dan unik dah Allah SWT ciptakan suara lelaki dan perempuan. Ada beza. Sebab itu [email protected] tak mampu tiru bab suara walaupun ubah segalanya. Garau tetap garau brader.

Hargailah kelebihan masing-masing, jangan salah gunakannya.

Justeru kaum hawa lepas ini, kalau bercakap dengan lelaki asing, cakaplah dengan suara biasa dan bertegas pada lelaki yang 'gatal'. Tak perlu lemah gemalai nak melayan sangat ok.


Bantulah share agar ramai anak dan mak gadis tersedar dari lamunan duniawi, penuh tipu daya dan fitnah. Lelaki yang sedar, tolong sama-sam pesan kepada isteri dan anak-anak gadismu ya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,571 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen