"Rumahtangga Akan Bahagia Kalau Semua Suami Faham Dengan Lumrah Dan Hakikat Kehidupan Isteri."

 

Orang kata jadi suami ini mudah sahaja, bila rumah dalam keadaan tidak terurus, start sahaja motorsikal atau kereta dan mula cari kedai mamak, nanti lupa lah apa yang terjadi dekat rumah itu. Pandai-pandailah isteri dekat rumah nak urus bagi aman sebelum suami pulang.

Senang memang senang kalau sekadar nak lepas diri sahaja, tetapi cuba lihat balik isteri kita itu. Tak cukup tangan nak uruskan rumah dan anak-anak, itu belum lagi jika kita sebagai suami ini tambah beban dibahunya.

Dalam rumahtangga ini tidak boleh hanya membiarkan isteri lakukan semua perkara sendirian tanpa bantuan suami, nanti lama-lama isteri yang dulu ceria jadi seorang yang pemarah dan baran. Isteri itu untuk dihargai bukan untuk dijadikan orang gaji.

Macam dalam perkongsian dari Dr. Ezairy M.Sallih ini, hargai isteri kita dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.



Ramai kan antara kita yang lelaki ini bila keluar rumah pergi kerja, boleh lupa segala perkara yang ada di rumah.

Pernah tak kita terfikir apa yang sedang berlaku kepada anak-anak dan isteri kita di saat kita sedang bersarapan di tempat kerja, makan tengah hari dengan kawan atau tengah duduk bersembang dengan member sekerja.

Isteri di rumah mungkin sedang sangat sibuk mandikan anak di waktu pagi. Diri sendiri pun tak sempat untuk bersiap. Bermekap apatah lagi.



Menjengah ke tengah hari pula sibuk nak memasak. Siap masak, mulalah masukkan pakaian ke dalam mesin basuh, basuh pakaian pula.

Yang ada anak di sekolah, sebelum buat semua tadi, pagi-pagi sudah kelam kabut hantar anak ke sekolah. Tengah hari sibuk ambil mereka pula.

Apabila anak balik, ruang tamu yang cantik diperkemas tadi kembali bersepah. Kena kemas semula. Ketika ini anak mula menjerit-jerit.

Nak menjengah ke petang sibuk pula sediakan makan suami. Di antara sela masa itu anak kecil tak henti menangis, minta diberi susu, nak dimanja, dibelai dan diberi perhatian.

Apabila suami balik, itu tak sedaplah, ini kurang garam lah. Kenapa rumah bersepah, tak kemas rumah ke? Duduk rehat saje kat rumah ya? Inilah kan nasib isteri.

Macam itulah saban hari. Malamnya pula ketika kita sedang nyenyak tidur, si kecil menangis, puan isteri ini jugalah yang bangun buatkan susu, layan segala kerenah anak. Maklumlah, si Ayah sudah ‘penat’ bekerja di siang hari. ‘Letih’ sangat sampai tak mampu nak terjaga.

Kita para suami ini kalau semuanya faham dengan lumrah dan hakikat kehidupan isteri seperti ini, sudah tentu akan bahagia sentiasa rumah tangga.



Ya, rumah tangga ini perlu kepada sifat memahami antara kedua pasangan. Jika tiada pada satunya, ia akan runtuh sebelah dan perlahan-lahan roboh jua akhirnya.

Kadangkala kita selalu bertengkar.. berselisih faham dek perkara-perkara kecil yang tak perlu diperbesar.

Hargailah pasangan anda.

Kongsikan, supaya lebih ramai di luar sana menyedari hakikat ini.

Isteri untuk dihargai...

Dr Ezairy M.Sallih
Suami kepada seorang wanita

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,901 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen