Wanita Bijak Tidak Akan Minta Pasangan Lakukan 5 Perkara Ini Semata-Mata Untuk Dirinya.

 

Seorang perempuan kalau tengah dilamun cinta memang kelihatan seperti kanak-kanak. Mana tidaknya sikapnya yang terlalu manja dan sentiasa dahagakan perhatian dari pasangan ini yang membuat mereka kelihatan seperti itu. Kalau boleh mereka mahu pasangan mereka ini beri tumpuan dan perhatian setiap masa buat dirinya.

Rasa cinta dan kasih sayang yang ada itu membuatkan seorang perempuan tidak boleh berfikiran secara rasional. Sebab itulah mereka ini sentiasa meminta sesuatu yang tidak disenangi oleh pasangan mereka, sebabnya mereka hanya memikirkan rasa cintanya sahaja tanpa memikirkan perasaan pasangannya.



Walaupun anda manja dan berfikiran seperti kanak-kanak, anda harus menjadi seorang yang bijak. Seorang wanita yang bijak dalam hubungan, mereka tidak akan meminta pasangan mereka untuk melakukan 5 perkara ini.

1. Jangan paksa pasangan untuk meninggalkan perkara yang dirinya suka.

Hanya kerana anda mahu dirinya lebih meluangkan masa dan beri tumpuan kepada anda, anda menyekat untuk dia keluar bersama rakannya atau melakukan hobinya. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana, apabila dirinya benar-benar tahu betapa berharganya anda maka dengan sendiri dia akan meninggalkannya tetapi bukan untuk anda malah untuk hubungan kalian.



2. Tidak meminta pasangan untuk berubah.

Semasa anda belum menjalinkan hubungan dengannya, dirinya telah mempunyai sifat yang sedemikian rupa. Anda sendiri yang menerimanya dengan hati terbuka kemudian memintanya untuk berubah menjadi orang lain pula. Ini adalah perkara yang tidak seharusnya anda lakukan. Jika dia menyedari bahawa perangai atau perbuatan itu tidak sesuai dalam hubungan anda maka dia sendiri akan mengubahnya.

3. Jangan paksa pasangan anda untuk tidak melihat wanita cantik.

Orang lelaki sememangnya tidak boleh lari dari melihat wanita cantik. Ini kerana, sebagai manusia kita sememangnya sukakan perkara yang cantik-cantik. Jangan lakukan perkara seperti ini kerana ia adalah perkara yang tidak masuk akal. Walaupun dia melihat wanita yang jauh lebih cantik dari anda tetapi di dalam hatinya penuh dengan nama anda pasti ia tidak akan mengubah apa-apa. Jadi jangan terlalu bimbang.



4. Jangan minta dirinya untuk berkongsi minta dengan anda.

Wanita yang bijak tidak akan memaksa pasangannya untuk memiliki minat yang sama dalam setiap perkara. Ini kerana, dia tahu bahawa terdapat perbezaan diantara lelaki dan juga wanita. Jadi dia akan cuba memahami apa yang diminati oleh pasangnnya.

5. Jangan terlalu percaya pada pasangan.

Perkara ini sudah tentu perkara yang sangat sukar dilakukan oleh wanita. Mana tidaknya mereka ini dengan overthinking sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun begitu, jangan pula anda terlalu percaya pada pasangan anda. cuba untuk letakkan sedikit rasa ketidakpercayaan kepada pasangan anda. barulah kalau kecewa nanti tidak terlalu dalam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen