Bila Memilih Wanita Berkejaya Sebagai Pasangan Idaman, Cuba Untuk Upgrade Diri, Barulah Serasi.

 

Setiap orang miliki pasangan idaman mereka, tidak kiralah yang lelaki mahupun yang perempuan. Setiap pasangan idaman mereka itu adalah bersesuaian dengan apa yang mereka lihat dan rasai, malah ia juga ditambah dengan rasa selesa dikemudian hari.

Bila bercakap mengenai wanita berkejaya, cantik, berpendidikan tinggi serta berkebolehan ini pasti ramai lelaki yang begitu mudah untuk membuat kesimpulan yang tersendiri. Menurut mereka wanita-wanita seperti ini high maintenance. Bukan itu sahaja, ada juga yang berpendapat bahawa wanita seperti ini tidak sesuai untuk dijadikan pasangan dan teman hidup.

Eh kenapa pula?

Jangan takut untuk mendekati wanita-wanita seperti ini, bahkan mereka ini juga sebenarnya sesuai untuk dijadikan isteri solehah buat mana-mana lelaki. Jika anda hanya memandangnya dan membuat kesimpulan awal, bagaimana anda hendak tahu bahawa dirinya itu adalah wanita yang sememangnya anda tunggu-tunggu selama ini.

Jika sekali imbas tiada kriteria awal dalam dirinya, mungkin terdapat kriteria lain yang sebenarnya sesuai buat anda. Tak cuba takt ahu bukan? Sedikit pesanan dari Puan Marliya Ramli mengenai mereka-mereka yang sentiasa memandang bakal pasangan dengan kriteria awal sahaja.



KRITERIA AWAL.

Rupanya ramai yang semakin takut untuk mendekati wanita yang hebat dalam kerjaya, yang cantik paras rupa dan berkebolehan dalam segala.

Gila kau!

Nanti wanita begini degil dan tak mendengar kata. Pulak dah!

Tidak semua wanita berpelajaran, berkerjaya, cantik dan berkebolehan berisiko menjadi isteri yang 'so called nusyuz' ya... #apeni



Sebagai wanita bekerjaya berada di level Team Management, pergaulan akak berbeza. Akak terbiasa jumpa ramai wanita end up lebih selesa sebagai single mother, bijak dan lawa gila.

Beberapa wanita ini menyatakan diri diceraikan bukan kerana mereka tidak mendengar kata, namun kerana suami itu sendiri tidak berkebolehan semata-mata. Pulak dah!

Malah mereka ini menyatakan bahawa bukan mereka diceraikan namun mereka yang minta untuk dicerai! Mereka lebih selesa menjadi single berbanding di sisi arjuna yang tidak sama pemikiran. Nampak tak?

Katanya...

Samada bila isteri berjaya suami mula selesa malas berusaha atau end up suami terbiasa mahu hidup percuma atas kejayaan isterinya. Ya.. ada kes begini ya tuan-tuan... Mungkin bukan semua tetapi ada kes versi khalifah taguna.

Sebab itulah akak berpendapat, bila arjuna mengimpikan isteri yang ada tiga perkara mereka perlu sentiasa berusaha memajukan diri sentiasa.



Jika calon suami impikan isteri yang punya tiga kualiti dalam satu :

1 - hebat dalam kerjaya
2 - cantik paras rupa
3 - berkebolehan segala

Anda perlu ada kualiti iaitu sentiasa meningkatkan kemajuan diri. Anda perlu sentiasa jadi berilmu dan bijak juga. Continous improvement dan sentiasa berusaha. Banyakkan baca dan upgrade minda. Tukarkan gaya hidup, cara percakapan dan pentingkan kebijaksanaan minda.

Kenapa?

Kerana hubungan adalah tentang bercakap bahasa yang sama atau setidak-tidaknya berfikir pada tahap yang sama.

Bila suatu hari nanti jika isteri anda semakin berfikir dalam tingkat yang berbeza, jurang akan semakin besar. Isu layak untuk terus bersama akan mula menjadi topik utama.



Bagaimana mahu dielaknya?

Pilihlah wanita yang seadanya. Yang sesuai, dan bercakap di tahap yang minda kita mampu berkata-kata. Mampu mengolah dan memahami topik pada tahap yang sama-sama. Setiap arjuna tahu limitation anda berada di tahap mana bukan? Pilihlah wanita pada tahap yang seadanya dengan kemampuan anda.

Lagipun... jika tanya arjuna juga wanita, pandangan adalah berbeza-beza.

Kebiasaannya arjuna suka pada wanita lawa. Selama hidup akak tak pernah kenal arjuna yang tak pandang paras rupa. Cakap je tak pandang tapi sebaliknya ini kriteria utama. Jika pakej lagilah disuka. Nak lawa, baik, solehah dan mendengar kata. Lengkap!

Namun wanita suka pada arjuna yang tidak mengambil kesempatan, bijak minda dan juga sentiasa berusaha. Simple sebenarnya!

KRITERIA AWAL sudah berbeza di antara dua jantina. Kita mahu itu satu hal. Tapi adakah kita mampu? Selayaknya kita bagaimana?

Maka, dalam memilih pasangan samada kita :

1 - upgrade kebolehan diri

atau

2 - downgrade keinginan hati.

Salam sayang dan berpada-pada ya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,909 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen