Terlalu Penat Layan Perangai Suami Yang Pelbagai Ragam, Cuba Nilai Semula Apa Yang Berlaku.

 

Apabila bercakap mengenai sikap suami, pasti ada sahaja perkara yang akan mula diutarakan. Paling jelas dan mudah untuk disebut adalah suami tidak bantu lakukan kerja rumah, suami tidak ringankan beban si isteri.

Perkara-perkara sebegini yang membuat isteri-isteri lebih mudah penat dengan rumahtangga, bahkan mudah timbul rasa cemburu apabila melihat suami orang lain rajin membantu isterinya. Bila dah penat dan rasa cemburu sampai kepuncaknya, mula dingin dengan suami, dan bermulalah segalanya.

Kadang rasa tak tahan, rasa nak lari sahaja tinggalkan semuanya. Sabar dulu, mari sama-sama kita hadam perkongsian dari Firdaus Mokhtar ini.



“Macam mana nak tenang dengan ujian suami yang buat macam-macam perangai?”

Allahu. Saya telan air liur. Debor pun ada. Mujur dia tanya soalan guna DM dekat IG. Kalau depan-depan, gigil juga.

Sebab saya pun lelaki, suami juga. Pun ada macam-macam perangai. Kahkah.

Baik, begini.

Kita dah biasa dengan cara berfikir yang kalau masalah itu datang daripada suami, maka suamilah yang kita nampak sebagai punca utama masalah berlaku.

Suami suka mengarah-arah, tak pandai buat kerja rumah. Semua minta minta sahaja. Sebut nak itu, sebut nak ini. Lepas satu, nak lain pula. Isteri jadi penat.



Jadi nampak suami lah punca kita penat. Biasakan kita berfikiran macam ni.

Puan-puan sekalian, kena ingat ini selalu.

“Semua yang berlaku itu adalah daripada Allah.”

Maksudnya kita kena tukar cara berfikir dan menilai setiap yang berlaku.

Selain pandang itu adalah daripada suami, pandang yang ini semua daripada Allah. Dialah yang sedang menguji kita. Allah lah yang sedang nak berikan kita banyak pahala.

Allah jugalah yang sedang nak hapuskan dosa-dosa kita. Allah sedang nak jadikan kita orang yang sabar.

Haa! Begitu. Maka kita faham, suami itu jalan yang Tuhan sediakan untuk kita dapat banyak kebaikan. Melalui sikap dia yang puan sebut perangai sangat tadi.



Iya, kita faham tak mudah nak fikir macam tu. Namun itulah realiti kehidupan. Itulah yang Tuhan nak kita faham.

Sekian.

Firdaus Mokhtar,
Saya pun ujian buat isteri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen