Jangan Mengharapkan Jodoh Yang Sempurna, Kalau Diri Kita Pun Tak Sempurna…

 

Tidak kira sama ada kaum lelaki mahupun wanita, semuanya mahu kan pasangan yang sempurna. Sebagai insan biasa, sebenarnya kita takut dengan ketidaksempurnaan seseorang hanya kerana tidak mencapai keserasian.

Malah dengan ketidaksempurnaan, kita takut dengan kehilangan.

Tipikal minda kita yang sering dibelenggu dengan andaian yang negatif, umpama…

“Kalau dia tak cantik, takut anak-anak aku pun tak cantik…”

“Kalau dia tak punya gaji yang tinggi, takut hidup aku nanti pun tak stabil…”

“Kalau dia tak punya kereta mewah, takut nanti apa jiran/rakan-rakan mengata pula…”

Ada juga sebahagian daripada kita terus membuat keputusan dengan andaian negatif ini…

“Kalau tak dapat pasangan yang ideal, lebih baik aku membujang sampai ke tua..”

“Kalau banyak sangat cabaran dalam perkahwinan, lebih baik aku tak kahwin sampai bila-bila…”

Kata-kata sebegini bukan sahaja memberi impak yang sangat negatif dalam kehidupan, malah kita akan sentiasa nampak buruk sahaja berkenaan dengan perkahwinan.

Kenapa Perlu Mengharapkan Pasangan Yang Sempurna, Sekiranya Kita Juga Tidak Sempurna?

Wahai lelaki…

Jika benar kecantikan itu penting dalam pemilihan bakal isteri, jadi harus bersedia untuk memberi perbelanjaan yang lebih untuk mencantikkan dirinya….

Jika benar mahukan wanita yang bekerjaya kerana diri anda hanya bergaji kecil, jadi harus bersedia untuk membantu dirinya menguruskan rumah tangga…

Jika benar mahukan wanita yang tidak bekerja dan menjaga anak-anak di rumah, jadi harus bersedia wanita itu sangat bergantung harap pada anda…

Jika benar mahukan wanita yang pandai berdikari, jadi harus bersedia berdepan dengan wanita yang punya ego tinggi…

Jika benar mahukan wanita yang lemah lembut dan sopan santun ala-ala gadis kampung, jadi harus bersedia wanita ini tidak selesa dengan kehidupan ala urban…

Wahai wanita…

Jika kekayaan lelaki itu yang anda cari, jangan merungut sekiranya pasangan terpaksa kerja dari siang sehingga ke malam…

Jika pangkat lelaki itu yang anda cari, jangan merungut sekiranya terpaksa berjauhan dengan ibu bapa di kampung halaman….

Jika kekacakan lelaki itu yang anda mahukan, jangan merungut sekiranya ramai perempuan akan memandang…

Jangan merungut sekiranya pasangan tidak bersikap romantik kerana anda juga tidak romantik pada dirinya…

Jangan merungut sekiranya pasangan mempunyai gaji yang rendah kerana anda lah yang bakal menjadi sokongannya…

Jadi, belajarlah bersyukur dengan apa adanya…

Ketika bercinta, jangan terlalu mencari kesempurnaan pada perkara yang tidak pasti…

Jangan menjanjikan kesempurnaan, kalau kita pun tidak sempurna…

Jangan terlalu mengejar untuk mengubah pasangan, tetapi diri kita sendiri pun tidak daya untuk diubah…

Dan jangan terus tinggalkan pasangan, sekiranya dia tidak sempurna…


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen