Nak Jadi Suami Yang Bertanggung Jawab, Belajarlah Untuk Jadi Lelaki Yang Budiman Dulu Dengan 6 Langkah Ini.

 

Lelaki tipikal pada masa kini sebahagiannya sama ada suka mengarah ibarat menjadi raja, ataupun suka menuding kesalahan pada pihak sebelah iaitu kaum wanita. Dalam rumah tangga, untuk menjadi suami yang bertanggung jawab, perlu sedar akan kesalahan diri sendiri dahulu.

Perlu ada kesedaran untuk pertingkatkan diri sendiri, barulah boleh jadi seorang lelaki yang budiman, apatah lagi ciri-ciri bakal suami yang diidamkan oleh kaum wanita.

Antara tips asas untuk menjadi seorang lelaki yang budiman adalah seperti berikut…

1. Dahulukan wanita dalam apa jua perkara dan situasi.

Lelaki yang budiman akan dahulukan wanita dalam apa jua keadaan dan situasi. Tidak kira sama ada wanita itu golongan muda ataupun tua. Ini menunjukkan lelaki ini tidak mementingkan diri. Berkemungkinan dia memiliki adik perempuan atau kakak yang ramai, sehingga dia perlu mengalah dengan adik-beradik sendiri.

Sebagai contoh dahulukan wanita untuk menaiki kenderaan, dahulukan wanita untuk beratur, dahulukan wanita untuk mengambil makanan dan sebagainya.

2. Layan semua orang dengan rasa hormat.

Melayan semua orang dengan rasa hormat adalah ciri-ciri asas seorang lelaki yang budiman. Dirinya bukan sahaja seorang budiman, malah seorang yang merendah diri apabila berkata-kata. Ini kerana dia sangat menghormati hati dan perasaan orang lain. Dirinya sedaya upaya untuk tidak menjadi seorang yang menjengkelkan juga.

3. Tidak memandang taraf seseorang apabila berkawan.

Apa yang kita lihat, lelaki ini juga tidak memandang taraf seseorang apabila ingin berkawan. Rakan-rakannya terdiri daripada pelbagai golongan, daripada bawahan sehingga orang atasan. Oleh sebab itu, kita lihat lelaki ini amat disenangi oleh orang ramai, termasuklah orang seperti cleaner, pak guard dan seumpama dengannya.

Jika lelaki ini sedang bercinta, dia juga tidak kisah wanita itu dari golongan mana. Jika wanita itu kaya, tidaklah pula terlalu perkecilkan diri, jika wanita itu lebih berjaya darinya, dia akan cuba berdiri sama gah dengan wanita tersebut.

4. Ada perasaan simpati dengan keadaan orang lain.

Selain daripada itu, lelaki yang budiman ini adanya rasa simpati dengan keadaan orang lain. Sekiranya lelaki ini menjadi seorang suami kelak, sudah tentu dirinya akan bersimpati melihat pengorbanan isterinya seperti melahirkan zuriat. Dan yang pasti tidak akan mensia-siakan pengorbanan tersebut.

5. Tidak mudah mengungkit.

Di samping itu, lelaki ini mempunyai ciri-ciri yang tidak suka dan tidak mudah mengungkit. Mereka hidup ‘dalam masa sekarang’ dan bukannya masih hidup dalam masa silamnya. Past is past katanya. Kerana dengan mengungkit, cerita pasti tidak kesudahan. Hiduplah dalam lembaran baru.

6. Dirinya biasa mengucapkan maaf dan terima kasih.

Lelaki ini hidup dengan tidak suka mengungkit kerana dirinya mudah mengungkapkan kata maaf dan juga terima kasih. Malah, dirinya dapat bangkit dengan mudah, atau move on dengan caranya yang sendiri.

Ciri-ciri inilah yang perlu lelaki ada jika mahu menjadi suami dan bapa kelak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,717 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen