“Dalam Hidup Ni, Jangan Terlalu Memperlekehkan Orang Lain..” Pesan Adam Corrie.

 

Kadang-kadang kita sebagai manusia biasa sudah menjadi lumrah memandang rendah pada orang lain. Lihat sahaja kehidupan mereka yang tidak seperti kita, mula kita pertikaikan hidup mereka. Ibarat hidup kita adalah lebih baik daripada orang lain. Apabila segala nikmat-Nya telah diberikan, kita menyangka ia adalah tanda Allah sayang pada kita, TETAPI ia adalah ujian yang perlu kita rintangi.

Kita nampak lebih suci daripada orang lain, bukan sebab atas usaha sendiri dapat menutup aib tersebut, akan tetapi dengan rahmat Allah yang kita tidak sedar.

Seperti perkongsian dan pesanan Adam Corrie, kita janganlah nak cari silap dan buruk sahaja pada orang lain, padahal kita sebenarnya lagi banyak keburukan…

********

Adamcorrielee...

Dalam hidup kita, tak perlu perlekehkan hidup orang lain...

Tak lucu pon kita persendakan hidup orang lain...

Hidup kita singkat je, kalau buruk yang kita cari.. buruk lah yang kita dapat...

Cari perkara buruk itu ada pada kita, kita perbaiki. Buruk kita sebenarnya lagi banyak... sebab dengan rahmat Allah yang tutup buruk dan aib kita, kita nampak baik...

Doa Menutup Aib...

“Ya Allah, aku memohon keselamatan dunia dan akhirat pada-Mu. Aku memohon ampunan dan keselamatan agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Tutupilah segala kekuranganku, tenangkanlah hatiku, jagalah depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku. Aku berlindung pada-Mu dari musibah yang tak terduga…”

#muhasabahdiri #adamcorrie

********

Semoga Bermanfaat Dan Cubalah Kita Untuk Bermuhasabah Diri Dalam Apa Jua Perkara!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,404 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen