Anda Seorang Yang Ego Tanpa Disedari? Jom Periksa.

 

Biasanya tiada siapa yang menyedari bahawa diri mereka itu bagaimana orangnya melainkan orang sekelilingnya yang menilainya. Tiada siapa yang sedar bahawa dirinya itu mempunyai sifat keegoan yang tinggi sehinggalah ada orang memberitahu bahawa dia seorang yang ego.

Begitu juga dengan anda bukan?

Anda hanya merasakan bahawa sikap ingin menang dan memperbetulkan semua benda itu adalah perkara biasa buat anda. Tetapi sebenarnya, ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ini kerana, kemungkinan besar orang sekeliling kita tidak menyenangi dengan perangai kita itu.



Jangan risau jika anda mempunyai sifat sebegini, ini kerana anda mampu untuk mengawal dan mengurangkan sifat ingin menguasai sesuatu benda itu. Mari periksa jika anda seorang yang ego ataupun tidak.

1. Menyalahkan segalanya.

Perkara yang paling jelas sekali adalah anda seorang yang tidak pernah salah tetapi orang disekeliling anda akan sentiasa salah di mata anda. Walaupun sesuatu perkara itu terjadi disebabkan anda, tetapi mereka juga yang menjadi pesalah bagi anda. Bukan sekadar orang disekeliling sahaja, malah segala perkara yang anda rasa tidak masuk akal itu turut akan menjadi mangsa anda.

Anda seharusnya cuba untuk berubah dan bertanggungjawab atas apa yang anda telah lakukan, jangan salahkan orang lain atas apa yang terjadi. Kadang kala mereka ini mengalah dengan anda kerana malas untuk bercakap dengan anda sahaja.



2. Tidak puas hati dengan semua perkara.

Melakukan yang terbaik dalam segala hal sememangnya perkara yang baik. Namun, jangan lupa untuk bersyukur atas apa yang sudah kamu dapatkan. Sifat ego adalah masalahnya yang tidak pernah merasa puas atas apa yang telah didapatkan. Selalu ada yang kekurangan dan selalu berharap mendapat lebih. Berusahalah untuk selalu bersyukur dan menerima apapun yang telah kamu dapat untuk kebahagiaan dan ketenangan hati sendiri.

3. Suka mengeluh.

Anda sentiasa mengeluh dalam segala hal walaupun ia adalah hal yang sangat mudah. Keluahan anda adalah topik perbualan yang sangat hangat bagi anda. Sedangkan orang disekeliling anda tidak begitu selesa dengan apa yang anda bualkan.

Anda selalu tidak pernah berasa puas hati dengan orang disekeliling anda yang sebenarnya tidak penah kesah akan kewujudan anda.

4. Menyimpan dendam.

Apabila anda memiliki sifat ego yang tinggi, maka anda selalu mementingkan diri sendiri dan melihat segala hal dari sudut pandang anda sendiri. Begitu pula soal memaafkan. Segala yang berlaku membuatkan anda ingin membalas perbuatan tersebut dengan cara anda yang tersendiri sehingga ia memuaskan hati anda sendiri.

Berhentilah untuk menyimpan dendam, itu hanya akan menambah rasa sakit di hati. Jangan seolah anda menjadi orang yang tersakiti karena anda tidak pernah tahu betapa sakitnya pula orang yang telah berusaha meminta maaf dan menunggu untuk mendapat maaf dari anda.



5. Kurang rasa empati.

Selagi anda tidak terluka maka anda merasakan perkara tersebut hanyalah baik-baik sahaja. Jika seseorang berkongsi masalahnya dengan anda, anda lebih mahu diamkan diri kerana merasakan ia tidak berkaitan dengan anda bahkan anda juga tidak perduli bagaimana keadaan dirinya. anda tidak cuba untuk memahaminya malah tidak cuba untuk menenangkan dirinya. Anda hanya merasakan ia tiada kaitan dengan anda sahaja.

Jika anda miliki ciri-ciri seperti ini, anda salah seorang yang memiliki ego yang tinggi. Jadi cuba untuk kawal ego anda untuk kebaikan diri anda sendiri. Malah jangan lupa bahawa ego yang tinggi ini akan membawa padah kepada hubungan anda sendiri kelak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,448 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen