6 Ciri-Ciri Anda Seorang Wanita Yang Berdikari.

 

Dengan perubahan zaman, semakin ramai wanita berdikari yang boleh kita lihat. Wanita berdikari tidak lagi dipandang jelek oleh masyarakat, namun dipandang tinggi kerana mampu menguruskan kehidupan berseorangan. Ini juga mengakibatkan kenapa ramai golongan wanita yang masih belum berkahwin lagi.

Dengan tanggapan mampu menguruskan semuanya tanpa lelaki atau suami, jadi tidak hairan lah sekiranya ramai golongan wanita berusia atas 30 masih single dan available.

Jom lihat sekiranya anda mempunyai 6 ciri-ciri ini…

1. Boleh memandu sendiri.

Zaman sekarang, kaum wanita tidak lagi takut untuk memandu berseorangan walaupun ia kelihatan sangat bahaya. Ibu bapa lah insan yang paling risau kalau anak perempuannya keluar berseorangan. Boleh memandu berseorangan ke mana sahaja, adalah impian para wanita masa kini kerana bebas untuk ke mana sahaja tanpa halangan.

2. Tidak takut ketika kereta rosak di jalan raya.

Boleh memandu sendirian memang boleh dilakukan oleh ramai wanita. Akan tetapi berapa ramai sahaja dikalangan mereka yang mampu bertenang ketika kereta tersadai atau rosak di jalan raya?

Pada saat inilah, baru nak terfikir kenapa la taka da teman lelaki yang boleh menolong, kan?

Wanita yang berdikari tahu apa yang mereka patut lakukan. Terus membawa kereta ke ‘Lane’ kecemasan dan menghubungi talian kecemasan lebuhraya.

3. Ada surviving skill.

Wanita yang berdikari ini tahu untuk kendalikan hidupnya sendirian. Ada perancangan supaya hidupnya stabil dan tidak terumbang-ambing. Sebagai contoh;

  • Kalau kereta rosak tahu nak buat apa.
  • Kalau tak tahu memasak, belajar.
  • Kalau duit tak ada, berjimat bukan memboros.
  • Kalau kereta tiada, naik grab.

Surviving skills atau dipanggil kemahiran hidup ini tidak semestinya bagi mereka yang bekerjaya sahaja. Ini kerana ada juga wanita bekerjaya tetapi masih tidak mampu membuat uruskan diri sendiri. Sebab mereka kerja mahukan gaji tetapi bukan untuk improve-kan diri.

4. Ada simpanan wang.

Berkemungkinan besar, wanita yang berdikari mampu untuk menyimpan wang, kerana itu sahaja wang kecemasan yang mereka ada dikala dilanda situasi yang tidak dijangka. Tidaklah nak mengharap pada ibu bapa sahaja, dan juga tidak meminjam daripada sahabat handai juga. Wanita ini tidak suka bergantung harap apabila berlaku kecemasan, mungkin takut maruah tercalar.

5. Kadang-kala mementingkan diri sendiri.

Kenapa lelaki bujang takut untuk mendekati wanita yang berdikari ni?

Ini kerana kadang-kala wanita yang berdikari sedikit sebanyak pentingkan diri sendiri sahaja. Namun sebenarnya mereka punya rasa pentingkan diri adalah kerana untuk melindungi diri sendiri. Melindungi diri daripada disakiti daripada insan yang tidak diingini.

6. Mampu membuat keputusan sendiri.

Selain daripada itu, apabila dilanda masalah wanita ini mempu menyelesaikan masalahnya dengan sendiri. Mereka mampu untuk fikirkan solusi walaupun mengambil sedikit masa yang lama. Tetapi pilihan atau keputusannya sendiri, tidak dipersetujui oleh orang sekeliling. Sebab itu mereka agak mementingkan diri sendiri.

Adakah Anda Tergolong Dalam Wanita Yang Berdikari?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen