Petanda Dia Tu Jodoh Kita, Bila Berjumpa Terus Niat Untuk Bernikah Dan Tidak Cepat Ubah Fikiran.

 

Kadang-kala ada sebab kenapa mak ayah kita suruh nikah cepat-cepat…

Jangan bercinta lama-lama…

Jangan bertunang lama-lama…

Kalau dah suka sama suka tu, teruskan niat untuk berkahwin…

Jumpa keluarga masing-masing terus bincang tarikh untuk bersanding…

Akibat Bercinta Dengan Lama…

Sebenarnya bila kita dengan pasangan dah fikir nak kahwin, bersungguh-sungguhlah buat persediaan ke arah perkahwinan…

Sebab bila mengambil masa yang terlalu lama untuk meneruskan pernikahan dan juga perkahwinan, ia sebenarnya akan menghalang kita untuk melakukan kebaikan….

Dan dalam mengambil masa yang lama tersebut, ia sebenarnya membuatkan hati dan perasaan menjadi berbolak-balik, kemudian dihasut dan digoda dengan syaitan pula, dan secara tidak langsung akan membuatkan kita berubah fikiran…

Sebab itu, ada yang bercinta terlalu lama, tiba-tiba ‘berjodoh’ dengan orang lain…

Kenapa bila berjodoh dengan orang lain, kita mampu untuk terus berkahwin?

Kenal dalam masa yang singkat, tup tup terus bernikah….

Kenapa tidak ambil masa untuk berkenalan dengan lebih lama seperti bekas kekasih kita dulu?

Dan dengan fikiran tipikal kita beranggapan si dia bukan jodoh kita…

“Bukan jodoh nak buat macam mana..”

Namun, itulah perjalanan takdir kita…

Apabila Fikiran Berubah, Diri Terhalang Dari Niat Sebenar.

Akan tetapi pernah atau tidak kita terfikir apabila bercinta terlalu lama ia sebenarnya membuat kita akan mudah ubah fikiran…

Mula-mula nak kumpul duit kahwin sama-sama, tetapi lama-kelamaan apabila terlalu fokus sahaja untuk mengumpul duit, pasti kita akan terguna duit tersebut…

Dah guna, simpan balik, dah guna simpan balik…

Kemudian dalam masa yang sama, selalu pula bergaduh...

Bila mahu memujuk, mula bersentuhan dengan pasangan, zina mata, zina mulut, zina hati dan seumpama dengannya secara kita tidak sedar…

Jadi, proses ke arah kebaikan iaitu pernikahan itu terdapat cacat celanya…

Cacat kerana kita telah mengotori untuk ke arah yang suci…

‘Some part of our life, full of dirt…’

Sebagaimana ada sebuah syair Arab…

“Jika kamu mempunyai pendapat atau fikiran yang bagus, maka sertakan ia dengan azam kesungguhan (laksanakan)…”

Dan juga…

“Sesungguhnya rosaknya sesuatu pendapat itu apabila kamu tidak tetap pendirian…”

Yakin Dia Jodoh Kita, Jangan Lengah 4 Perkara.

Jadi, tetapkan pendirian untuk berkahwin. Berazam untuk menghalalkan pasangan demi Allah SWT. Apabila sudah niat untuk berkahwin, jangan berlengah untuk…

  • Berjumpa dengan keluarga masing-masing dulu.
  • Kumpul duit untuk berkahwin.
  • Perbaiki diri dulu, jangan terus untuk ubah pasangan.
  • Tuntut pelbagai ilmu seperti ilmu rumah tangga, ilmu keibubapaan, ilmu kewangan.

Jangan bila dah jumpa calon, masih lagi mahu mencari keseronokan….

Tak puas nak berseronok katanya….

Oleh sebab itu, kita asyik berlengah-lengah untuk menuju kebaikan.…

Mudah menjadi lalai dengan perkara-perkara lagha…..

Semoga setiap pasangan yang mahu berkahwin tetapkan pendirian dan azam untuk bernikah…


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,620 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen