Cuba Ubah Mindset! Bercinta Jarak Jauh Bukan Pengukur Sebuah Hubungan Itu Berjaya Ataupun Tidak.

 

Ada sahaja dikalangan kita yang terpaksa bercinta jarak jauh, tidak kira bagi mereka yang sudah berkahwin atau sudah berumah tangga. Terdapatnya hal-hal yang menyebabkan anda dengan pasangan terpaksa berada dalam jarak yang jauh seperti…

  • Hal pekerjaan.
  • Ataupun pasangan masih belajar.

Bukan Sebab Jarak, Tapi Tidak Tahu Maksud Komitmen.

Semuanya tentang ‘Mindset’ Sendiri.

Namun, ramai dikalangan kita yang beranggapan bercinta jarak jauh TIDAK AKAN BERJAYA SAMA SEKALI kerana….

Jarak yang menyebabkan pasangan curang…

Jarak yang menyebabkan pasangan sukar untuk berjumpa…

Jarak yang menyebabkan pasangan menjadi bosan....

Semua itu hanya dalam ‘Mindset’ sahaja.

Ia sebenarnya bukan berkenaan dengan ‘Jarak’, tetapi sebenarnya ‘Komitmen’.

Bercinta Jarak Jauh Bagi Pasangan Yang Belum Berkahwin.

Kalau ada pasangan yang bercinta jarak jauh mengatakan sukar untuk bercinta sebab temannya jauh, itu namanya mengada.

Kalau betul mahu bercinta dengan serius dan berterusan sehingga ke jinjang pelamin, pasti akan berjaya. Tiada alasan lain.

Bosan sebab pasangan jauh…

Bosan sebab tak selalu dapat meluangkan masa…

Bosan sebab asyik tengok gambar pasangan atau video call je…

Hikmah anda dan pasangan bercinta dengan jarak jauh sebelum berkahwin adalah untuk mengelakkan diri terjerumus dengan maksiat yang lebih besar. Ketika ini anda dan pasangan sepatutnya sedang memperbaiki diri dan bersiap sedia untuk menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah.

Jangan ikutkan hawa nafsu semata.

Bercinta Jarak Jauh Bagi Pasangan Yang Sudah Berumah Tangga.

Perkahwinan itu sendiri sudah ada cabaran. Tambahan pula suami isteri yang terpaksa duduk berjauhan. Jika benar tahu apa tujuan untuk berkahwin, sudah pasti bersedia dengan cabaran sebegini. Jangan terlalu ikutkan hati.

Kalau hati tidak tahan dengan pasangan yang terpaksa bekerja dengan jarak jauh, ingat kembali kenapa anda mahu berkahwin dengan pasangan?

Hubungan jarak jauh juga bukan untuk menjadi tiket untuk anda dengan pasangan tidak melaksanakan tanggung jawab sebagai suami dan isteri. Jangan terlalu minta hak sebagai suami/isteri, tetapi tidak menjalankan tanggung jawab.

Cuba Ubah Mindset!

Kebiasannya, pasangan yang bercinta jarak jauh gagal untuk mempertahankan hubungan kerana…

  • Mindset mengatakan pasangan itu perlu sentiasa menemani.
  • Mindset mengatakan pasangan perlu selalu berjumpa.
  • Mindset mengatakan pasangan perlu video call setiap hari.
  • Mindset mengatakan pasangan tidak boleh tinggalkan bluetick di whatsapp.

Jadi, ubah lah mindset sekiranya anda dan pasangan bercinta jarak jauh.

Sedangkan orang yang kerap berjumpa pun boleh terputus….

Orang yang bercinta 5 tahun pun, akhirnya berkahwin dengan orang lain…

Semuanya dalam mindset kita sahaja. Jangan suka mengukur kebahagiaan sendiri melalui perkara yang tidak pasti!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,854 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen