Yang Bercerai Itu Hanya Suami Isteri, Bukan Anak-Anak. Ini Tips Menjaga Anak Bersama Walaupun Sudah Berpisah.

 

Ketika baru-baru bercinta, bau kentut pun begitu harum buat pasangan kita. Tapi selepas berkahwin, mulalah segalanya serba serbi tidak kena. Mana tidaknya selepas berkahwin baru kita nampak keburukan pasangan kita itu, baru kita kenal pasangan kita itu bagaimana.

Bila lama kelamaan sudah tidak mampu cari persamaan bersama, pasangan pula mula buat hal sendiri. Nampak macam tiada hala tuju, maka perpisahan dan penceraian adalah pilihan yang akan dipilih. Perkara sebegini sememangnya bukan di bawah kawalan sesiapa pun, bahkan tiada siapa yang minta untuk berakhirnya hubungan yang penuh kasih sayang dahulunya seperti itu.



Mungkin jodoh kita dengan pasangan kita hanya setakat itu sahaja, tetapi jangan kerana perpisahan ini anak-anak pula menjadi mangsanya.

Penceraian ini hanya memisahkan pasangan suami isteri sahaja, tetapi tidak memisahkan anak-anak dengan ibu atau bapa mereka. Mungkin anda tidak mahu lihat wajah ibu atau bapa mereka tetapi anak-anak sentiasa menrindui ibu bapa mereka.

Jadi, walaupun sudah bercerai pastikan anda sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang baik untuk anak-anak anda. Seperti yang dikongsikan oleh saudara Ariff Ismail ini, pasangan yang sudah berpisah boleh lakukan 5 perkara ini untuk kekalkan hubungan yang baik bersama anak-anak.

Ajal maut jodoh pertemuan semua atas aturan tuhan. Tak ada lambat atau cepat. Sama juga dengan soal kahwin.

Ada yan bercinta bertahun-tahun tapi baru kahwin setahun dua, cerai. Laut ada pasang ada surut. Langit ada cerah ada gelap.

Alif Aziz & Bella Astilah pon bercerai bro, bukan mereka pinta itu namanya jodoh pertemuan dan perpisahan.

Persoalan yang selalu bila bercerai, mesti akan ada sesetengah pasangan yang jadi musuh. Langsung lupa kisah cinta silam. Lupa bau kentut pasangan.

Lupa 1000 kebaikan dek kerana 1 kesalahan.

Mula unfollow IG/FB masing-masing, kutuk mengutuk menuding jari antara satu sama lain. Tak bertegur sapa.
Siapa yang jadi mangsa esok?

Anak-anak la mangsa kalau ada zuriat. Sedangkan anak-anak tak terlibat langsung dalam masalah kita dan pasangan.

Jangan rampas hak kasih sayang anak terhadap ibu ataupun bapa hanya kerana penceraian. Jangan biarkan anak membesar tanpa kasih sayang ibu bapa.

Bercerita berkenaan pengalaman saya sendiri, perkahwinan yang dibina tenggelam di tengah jalan selepas melayar bahtera selama 2 tahun.



Salah siapa? Itu bukan apa yang perlu dipertikaikan. Setiap dari kita ada kelemahan sendiri.

Namun itu bukan alasan untuk naik turun mahkamah, terpekik terlolong soal tuntutan hak penjagaan anak.

Benda boleh bawak bincang buat ape nak “See u in court.”

Tak ada siapa yang nak bina gerbang perkahwinan untuk diakhiri dengan penceraian.

Saya kongsikan Tips Jaga Anak Bersama Selepas Penceraian.

1. Ketepikan Soal Emosi

Bila penceraian terjadi, Emosi mula mengawal diri kita. Sepatutnya kita yang kena kawal emosi dengan lebih memikirkan soal penjagaan anak, kononnya mana yang anak-anak nak ikut itulah ibu atau bapa yang terbaik.

Kalau kita mula layan emosi, ini akan mengakibatkan pergaduhan atau perbalahan bersama bekas pasangan.

2. Musyawarah/Berbincang

Dalam islam kita digalakkan untuk bermusyawarah dalam setiap perkara yang kita hendak lakukan.

Soal penjagaan anak elok bincang bersama tanpa ada campur tangan pihak ketiga. Nescaya akan ada campur tangan orang lain kalau kita melibatkan orang lain dalam masalah kita.



3. Ambil Tahu Hal Anak

Jangan lepas tangan bila kita gagal dalam hak penjagaan anak. Sentiasa ambil berat soal anak.

Zaman dah canggih bro, boleh call, video call anak-anak supaya mereka sentiasa rasa kita ada dan ambil berat tentang mereka.

4. Bahagi Masa Bersama ( Give & Take )

Ini perkara paling penting, jangan langsung tak ada masa bersama anak. Kalau anak bersama bekas pasangan kita, luangkan masa kita untuk keluar bersama anak. Usahakan.

Buatlah aktiviti bersama anak. Jangan biarkan anak hanya bersama bekas isteri/suami yang mendapat hak penjagaan mereka.



5. Rancang Masa Depan Anak

Bila bercerai jangan biar pasangan yang dapat hak penjagaan sahaja yang merancang masa depan mereka. Rancang bersama apa yang terbaik untuk pendidikan anak dan sebagainya.

Anak tu tak lahir ke dunia dengan hanya sumbangan satu pihak saja. Pastikan pelajaran dan proses pembesaran anak berjalan dengan lancar. Masa nak buat anak dulu pandai sama-sama.

Ini sekadar perkongsian dari pengalaman saya. Saya sendiri masih berhubung dengan bekas isteri berkenaan anak.

Tiada jodoh bukan bermakna jadi musuh. Itu bodoh nama nya. Yang bercerai kita, bukan anak. Yang tidak serasi kita, bukannya anak.

Sama-sama bertolak ansur dan saling berkomunikasi supaya anak membesar dalam kasih sayang ibu dan bapa. Bercerai masih boleh berkawan untuk masa hadapan anak.


- Ariff Ismail -

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,473 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen