Jangan Bandingkan Anak Kita Kenapa Tidak Merangkak Atau Berjalan Lagi, Setiap Kanak-Kanak Itu Lain Prosesnya.

 

Orang kita ini sememangnya tidak akan habis membanding-bandingkan antara satu sama lain. Nak-nak lagi kalau ia melibatkan perkembangan anak-anak, mula lah kata anak dia dah tahu berjalan anak si polan dah berlari. Mula lah perbagai perbandingan yang dibuat mengikut pemerhatian sendiri.

Sudahnya mak ayah rasa sedih, bukan kehendak mereka menyebabkan anak-anak lebih lambat berbanding anak orang lain. Banyak ibu ayah yang akan makan hati dengan perkara-perkara sebegini sebenarnya.

Buat ibu ayah yang sedang susah hati, mari sama-sama kita baca perkongsian daripada Dr. Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani yang merupakan suami kepada Pelakon Ummi Nazeera mengenai development delay anak-anak.



DEVELOPMENTAL DELAY

Perkembangan (development) adalah pemerolehan skil-skil dan kebolehan secara progresif dan mengikut urutan semasa kanak-kanak membesar. Ni skil/kebolehan seperti nak start meniarap sendiri, nak merangkak n nak berjalan macam tu la

“Perkembangan ni dipengaruhi oleh faktor genetik, neurologikal, fizikal, persekitaran, dan emosi.”

Ibu bapa mesti ada pengalaman jumpa orang pastu orang tu dok compare pulak dengan anak dia dengan anak kita. Cakap anak dia tu cepat merangkak/berjalan la berbanding anak kita. Sabau jela kan.




Sebenarnya perkembangan setiap anak ni berbeza-beza ye.Tak sama semuanya. Bergantung kepada faktor yang saya sebut di atas

Ada anak yang lambat start berjalan sebab memang dalam family dia lambat. Abang kakak dia tu pun lambat berjalan.

Ada anak yang masa kecil lagi dah sakit n masuk hospital lama.Tu tak sempat nak stimulate n belajar skil-skil tu lagi.

Ada anak yang sihat walafiat tapi kat rumah takde kawan (kakak/abang) nak stimulate dia belajar skil. Mak ayah busy la katakan.



Punca perkembangan anak lewat dari usianya.

Banyak sebab perkembangan anak-anak ni lewat dari usia yang sepatutnya (Developmental Delay). Kita tak boleh samakan anak kita dengan anak orang lain.Masing-masing ada perjalanan sendiri. Lama-lama anak tu dapat la skil tu. InsyaAllah



So, bila kita patut risau yang anak kita ni slow sangat nak berkembang? Sila swipe n tengok 'Key Developmental WARNING SIGN'. Kalau anak-anak tu ada warning sign ni, memang kena jumpa Doktor terus ye. Tapi kalau dah memang under follow up klinik kanak-kanak, Doktor anda patut dah perasan dah tu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,404 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen