Kenapa Dah Kahwin Pun Masih Lagi Rasa Tidak Bahagia Dan Keseorangan?

 

Pada masa kini, ramai dikalangan anak muda yang berkahwin akan mengalami fasa perceraian hanya dalam beberapa bulan membina rumah tangga sahaja. Adapun yang masih mahu mempertahankan hubungan dengan pasangan, tetapi hatinya ,meronta-ronta mencari kebahagiaan.

Malah, sering berasa keseorangan walaupun pasangan berada disisi.

Kenapa Ia Boleh Terjadi Sekiranya Benar Perkahwinan Itu Mampu Membahagiakan Seseorang?

1. Tidak tahu tujuan pernikahan dan perkahwinan menurut Islam.

Oleh disebabkan anak muda berkahwin mengikut trend semata-mata, ramai yang tidak mengetahui maksud sebenar perkahwinan dan pernikahan dalam Islam.

Tujuan perkahwinan menurut Islam adalah;

  • Untuk mempertingkatkan ibadah kepada Allah SWT.
  • Untuk menyambungkan zuriat.
  • Untuk mempertahankan akhlak manusia.
  • Untuk memenuhi tuntutan naluri manusia.

Malah, ada yang berkahwin hanya kerana mahu bertanding dengan rakan-rakan. Mahu lihat siapa yang akan berkahwin atau memiliki cahaya mata dahulu.

Siapa yang akan menjalinkan hubungan yang halal bersama pasangan dahulu?

Ingat. Life Is Not Competiton!

2. Tidak meletakkan Allah SWT pada kedudukan yang tinggi.

Apabila tidak mengetahui tujuan perkahwinan yang sebenar menurut Islam, sudah tentu kita jarang meletakkan Allah SWT pada kedudukan yang tinggi dalam hidup kita.

Apa yang anak muda lakukan ketika meletakkan Allah dalam hidupnya adalah hanya ketika bersedih dan berduka lara. Ketika putus cinta, bersungguh-sungguh mencari Allah, akan tetapi apabila sudahnya bertemu dengan jodoh, solat pun entah ke mana.

Konsisten lah dalam memperbaiki diri.

3. Terlalu bergantung harap pasangan untuk berubah sikap.

Sebagai manusia biasa, kita seharusnya bergantung harap pada Allah SWT bukan pada pasangan semata-mata.

Jika terlalu kerap bergantung pada pasangan, kelak hati pasti mudah kecewa.

Pasangan buat salah, kita mengharapkan dia berubah, tapi kita lupa hati dan perasaannya Allah yang pegang. Hati dan perasaannya mudah berbolak-balik kerana pasangan juga adalah insan biasa.

Mengharapkan sesuatu daripada pasangan bakal membuatkan hati kita mudah terluka. Jadi, berpada-pada.

4. Terlalu hidup berdikari.

Kenapa dah kahwin pun masih lagi sunyi dan keseorangan? Kerana sudah terlalu biasa hidup berdikari tanpa pasangan disisi. Komitmen dalam rumah tangga hanya dilakukan berseorangan tanpa pertolongan pasangan akan membuatkan hidup anda berasa bosan.

Padahal, komitmen dalam rumah tangga itu perlu dilakukan bersama-sama dengan pasangan.

Isteri, jadikan suami sebagai best friend forever (bff) anda.

Suami, jadikan isteri anda sebagai permaisuri anda.

5. Tidak menjalankan tanggung jawab sebagai suami/isteri dengan betul.

Apabila anda hidup berdikari dalam melaksanakan komitmen rumah tangga, sedikit sebanyak menyebabkan perkahwinan anda dengan pasangan tidak seimbang.

Berkemungkinan besar anda atau pasangan tidak menjalankan tanggung jawab menguruskan rumah tangga dengan betul.

Berat sebelah dan hanya mengharapkan pasangan sahaja yang uruskan semuanya. Sebab itu semakin lama, anda rasakan perkahwinan anda semakin hambar dan tidak bahagia.

Jika semua 5 situasi di atas terjadi, tidak hairan sekiranya anda atau pasangan akan mula mencari pengganti sebagai penyelesaian. Muhasabah diri!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,932 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen