Kenapa Hati Masih Tenteram Walaupun Banyak Melakukan Dosa?

 

Dosa Sepatutnya Menggelisahkan Hati.

Ia merujuk kepada satu hadis yang diriwayatkan daripada Nawwas bin Sam’an R.A, Nabi SAW bersabda:

“Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia.” [Riwayat Muslim (2553)]

Hadith di atas menjelaskan dan membawa maksud kita pasti akan berasa gelisah, ragu-ragu, hati yang tertutup, adanya syak wasangka malah takut diri bergelumang dengan dosa. Lain pula hal jika kita melakukan kebaikan, kerana hati akan berasa tenang sebagaimana Rasulullah SA bersabda;

“Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu.” [Riwayat Ahmad (18006)]

Satu Dosa, Satu Titik Hitam.

Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya hamba, apabila melakukan satu kesalahan atau dosa, akan ditulis pada hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa, beristighfar dan bertaubat, nescaya digilap hatinya.

Sebaliknya, apabila mengulangi dosa, akan ditambah padanya titik hitam sehingga memenuhi hatinya, maka itulah dipanggil al-raan (الرَّانُ) yang Allah nyatakan:

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.(Al-Mutaffifiin: 14)

[Riwayat al-Nasa’ie (11594)]

Ini bermakna, hati mereka kelam dan bertambah gelapnya dengan sebab dosa yang berterusan sehingga jadilah sukar untuk mendapat cahaya dan petunjuk Ilahi. Akhirnya menjadi sebati dengan maksiat.

Ibn Kathir berkata:

Bukanlah perkara seperti sangkaan mereka sehingga mereka berkata, Quran ini sebagai dongeng purbakala tetapi ia kalam Allah, wahyu yang diturunkannya kepada Rasulullah SAW.

Sesungguhnya Allah menghijabkan mereka daripada iman dek kerana hati mereka dipenuhi dengan rain. Yang mana telah bercampur pada hati mereka dengan sebab dosa dan kesalahan yang banyak.

Perkataan rain pada firman Allah SWT di atas adalah di mana hati-hati orang kafir dipenuhi dengan dosa sedangkan ghaim pula kepada orang yang baik-baik, dan ghain pula bagi orang yang hampir dengan Tuhan.

Semakin Banyak Dosa, Hati Semakin Gelap.

Ibn al-Qayyim menyebut:

“Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran.”

Seorang yang tidak taat kepada Allah SWT dan hati mereka telah menjadi keras, maka mereka tidak akan peduli, atau malah berbangga diri ketika melakukan kemungkaran dan dosa. Pembicaraan di sini tidak bersifat umum yang berlaku bagi setiap orang, tetapi khusus bagi mereka yang memiliki hati yang sihat dan bersih.

Imam al-Qurtubi berkata,

“Dosa ialah perbuatan yang menyebabkan pelakunya layak mendapat celaan.”

Sepatutnya bagi seorang Mukmin itu, apabila dia melihat sesuatu perbuatan dosa, maka harus bersungguh-sungguh menjauhinya.

Hal ini sepertimana kata Abdullah ibn Mas’ud R.A:

“Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang fajir (derhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya, dengan sekali kibasan maka lalat itu akan pergi.”

[Riwayat al-Tirmizi (2497)]

Berdoalah Kita Supaya Hati Tidak Berasa Tenang Ketika Melakukan Dosa.

“Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami di dunia dengan kebaikan dan di akhirat dengan kebaikan. Dan selamatkanlah kami dari azab Neraka.”

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen