Jangan Tak Percaya, Ini Daya Tarikan Wanita Single Mengikut Golongan Darah Mereka.

 

Bila bercakap mengenai golongan darah apa yang akan terbayang difikiran anda? Sudah tentulah pendermaan darah serta personaliti seseorang. Ini kerana, terdapat pendapat menyatakan bahawa golongan darah seseorang itu akan mempengaruhi personaliti seseorang individu.

Sudah tentulah kita menjadi tertanya-tanya apabila ia berkaitan dengan personaliti seseorang. Ini kerana, kita akan lebih mudah untuk mengetahui bagaimana sifat dan sikap sebenar seseorang itu, namun jangan terlalu percaya, tidak semua orang mungkin mempunyai persamaan dengan golongan darah mereka.



Mari kita ketahui bagaimana daya tarikan wanita bujang mengikut golongan darah mereka.

1. Darah jenis A: Si penyayang yang sempurna.



Dalam hubungan, wanita yang memiliki darah jenis A ini adalah seorang yang penyang. Malah dirinya sanggup melakukan apa sahaja buat pasangannya. kebaikan dan kesabaran yang ada pada dirinya begitu mudah untuk dilihat. Bahkan golongan darah ini mudah untuk mempertimbangkan keputusan sebelum membuat keputusan terakhir. Jadi lelaki-lelaki yang mendekatinya pasti tiada masalah untuk memilih tempat makan bersama gadis golongan darah A ini.

Apa yang menariknya gadis berdarah A ini adalah, mereka ini sukakan pasangan yang berkuasa dalam hubungan mereka. Jadi pasangan yang sesuai buat mereka diantara jenis O atau AB.

2. Darah jenis B: Si kreatif yang sukakan kebebesan.



Wanita yang memiliki darah jenis B ini adalah seorang yang sangat kreatif malah mudah untuk meluahkan pemikiran mereka serta mudah untuk bergaul dengan orang baru. Sifatnya yang mesra alam itu adalah daya tarikan yang kuat di mata lelaki. Namun begitu, kecenderungannya untuk bersikap ego mungkin menyukarkan anda mengawalnya.

Jadi buat wanita yang berdarah jenis B ini anda memerlukan seorang lelaki yang memiliki sifat tanggungjawab yang tinggi. Oleh itu, pasangan yang sesuai buat anda adalah dari golongan darah O dan AB.

3. Darah jenis O: Si romantik yang dermawan.



Mempunyai cita-cita tinggi, kuat serta romantik ini adalah sebahagian dalam diri wanita yang berdarah jenis O. Mereka ini adalah seseorang yang suka memberi perhatian dengan baik, malah seorang yang kuat kasih sayangnya serta seorang yang pemurah. Apabila dirinya memberi anda sesuatu, dia tidak mengharapkan balasa dari anda.

Apabila anda merasa ada yang pelik dengan dirinya, jangan teragak-agak untuk memeriksa telefon bimbitnya atau keadaannya mungkin ada sesuatu yang dilakukan dalam diam tanpa pengetahuan anda. Wanita yang berdarah O ini sesuai untuk menyesuaikan diri dengan mana-mana golongan darah. Namun begitu, ada yang berpendapat bahawa mereka ini sesuai dengan pasangan darah jenis A. Ini kerana pasangan mereka boleh menyokong malah saling melengkapi.

4. Darah jenis AB: Si pemimpin yang cerdas.



Wanita yang memiliki darah jenis AB ini mungkin agak berbeza dengan yang lain. Ini kerana, mereka ini mempunyai angan-angan serta moral yang tinggi. Mereka juga mempunyai kefahaman yang tersendiri mengenai kejayaan. Apabila mereka ini terlibat dalam hubungan, mereka ini lebih cenderung untuk bertenang malah lebih rasional di mana, ramai lelaki yang mahukan kedua-dua sifat itu dalam pasangan mereka.

Sebenarnya jenis wanita AB boleh menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki, tetapi lelaki darah A adalah pasangan paling menarik kerana mereka tenang dan menghormati antara satu sama lain.

Jangan pandang pasangan anda mengikut jenis darah pula selepas ini. Pandang mereka mengikut siapa diri mereka sahaja.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,470 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen