Dalam Diam, Ini Tarikan Yang Anda Patut Serlahkan Untuk Menarik Perhatiannya.

 

Tidak semua orang mampu bersosial dengan baik malah ia juga bukan satu perkara yang mudah untuk semua orang menerima kita. Tidak semua orang mampu berkomunikasi dengan baik malah ada juga yang merasakan bahawa berdiam diri itu lebih baik berbanding bergaul dengan orang lain.

Bukan takut atau tidak berani tetapi lebih kepada malu serta tidak mempunyai keyakinan diri. Jika anda mempunyai perkara-perkara sebegini sehingga menyebabkan anda sukar untuk menjalinkan satu hubungan baru ataupun mempunyai rakan baru, jangan terlalu bimbang akan perkara-perkara sebegini.



Anda perlu sedar bahawa anda mempunyai daya tarikan yang tersendiri hingga mampu membuat seseorang sedar akan kehadiran anda. Menjadi diri sendiri itu sememangnya penting, tetapi untuk membuat orang lain berasa selesa dan menerima kehadiran kita juga adalah penting.

Jangan terasa hati atau merendah diri apabila tiada yang mendekati anda, ataupun merasakan anda tidak sama seperti mereka yang lain. Mungkin dalam diam ada yang memerhati anda dari jauh. Ini beberapa faktor yang membuat seseorang mudah untuk diterima oleh orang lain.



1. Unik.

Setiap orang mempunyai keunikan yang tersendiri. Kadang anda merasakan keunikan yang anda miliki itu adalah satu perkara yang aneh tetapi ia adalah satu daya tarikan yang membuat anda kelihatan lebih menarik. Orang yang memiliki keunikan tersendiri bisa dilihat dari cara pikirnya, seleranya, atau sikapnya. Kalau anda memiliki sesuatu yang berbeza dengan orang lain, jangan takut untuk tonjolkannnya kerana ia adalah daya tarikan anda.

2. Karisma.

Ketika anda memiliki karisma yang tersendiri ia akan terpancar pada wajah anda malah ia akan menarik perhatian orang lain. Sifat karisma yang dimiliki seseorang itu biasanya terpancar apabila seseorang itu sudah melalui pengalaman yang pahit dalam hidupnya malah masih cuba untuk bangkit. Biasanya ia akan muncul dengan sendirinya. Karisma akan muncul dari pandangan kita, sikap atau tingkah laku.

3. Rendah hati.

Ramai yang tidak tahu bahawa sifat rendah diri ini adalah satu daya tarikan yang teramat kuat. Ketika anda miliki sifat sebegini, orang akan merasai sifat tulus anda. Menjadi seseorang yang rendah hati adalah seseorang yang sangat berkarisma. Tidak semua orang mempunyai sifat seperti ini, jika anda memiliki sifat ini ia sangat menguntungkan. Orang disekeliling anda akan tertarik malah akan turut membantu anda.



4. Empati.

Menjadi seseorang yang penuh rasa empati adalah salah satu daya tarikan yang tersendiri. Ketika ini banyak orang mempunyai kekurangan rasa empati dalam diri mereka. Jika anda memiliki sifat ini dan ia bukanlag satu perkara yang dibuat-buat sudah tentu ia lebih mudah dirasai. Apabila anda memiliki sifat ini, orang sekeliling anda juga turut merasainya.

5. Jujur.

Perkara ini tersangatlah penting dalam kehidupan harian anda. Apabila anda mempunyai sifat ini, orang sekeliling anda lebih selesa dengan anda. Tetapi jika anda seseorang yang suka berbohong, pasti lama kelamaan akan diketahui juga. Jadi apabila anda sentiasa jujur dalam segala hal, tentu ia akan menjadi daya tarikan anda.

Tidak semua orang mampu melihat daya tarikan yang kita anda. Namun, jika kita sentiasa sembunyikan siapa diri kita dengan orang sekeliling kita tentu mereka tidak dapat mengenali siapa kita. Jadi jangan takut untuk tunjukkan siapa diri anda kerana itu adalah daya tarikan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,894 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen