Macam Mana Gigi Susu Digantikan Dengan Gigi Kekal? Mari Ketahuinya.

 

Ramai yang tahu bagaimana hendak menjaga gigi agar terus kekal sihat serta bersih bukan? Tetapi tidak ramai yang tahu akan proses penumbuhan gigi kita. Selalu yang kita dengar selepas gigi susu akan patah maka akan tumbuh gigi kekal, kalau tak jaga betul-betul nanti tak ada gigi dah.

Namun, pasti kita pernah memikirkan bagaimana gigi ini membentuk malah macam mana gigi kekal ini terhasil. Itu belum masuk kira proses penumbuhan gigi bongsu pula. Aihh, rumit memang rumit kalau hanya difikirkan sahaja, tetapi Dr. Mohd Khairul Izwan telah kongsi bagaimana gigi susu dan gigil kekal tumbuh mengikut waktu yang sesuai.



Cuba lihat gambar di bawah.



Gambar ini merupakan gambar tengkorak seorang kanak-kanak yang berusia sekitar 3 tahun.

Seperti yang kita tahu, hampir setiap manusia mempunyai 2 set gigi iaitu gigi susu dan juga gigi kekal.

Mungkin juga ada di antara anda yang tertanya-tanya bagaimana gigi susu boleh bergoyang dan digantikan oleh gigi kekal kan?



Lihatlah bagaimana benih gigi kekal tumbuh dari dalam rahang di bawah akar gigi susu. Gigi kekal akan tumbuh dan mengikut laluan yang “diarahkan” oleh akar gigi susu. Itulah salah satu fungsi gigi susu iaitu untuk menjadi panduan kepada gigi kekal tumbuh.

Ketika benih gigi kekal ini tumbuh, ianya akan menolak gigi susu yang berada di atasnya. Disebabkan oleh adanya daya tolakan ini, akar gigi susu akan “mereput” secara berperingkat. Semakin lama, gigi kekal akan semakin naik ke atas dan akar gigi susu pula akan menjadi semakin pendek.

Begitulah keadaanya bagaimana gigi susu boleh menjadi bergoyang dan kemudiannya digantikan oleh gigi kekal.

Ajaibkan ciptaan Allah? Dari tulang rahang yang padat itu boleh pula muncul gigi yang tumbuh dari dalamnya.

Jadi siapa kata gigi susu itu tidak penting? Tanpa gigi susu, maka hilanglah panduan yang menjadi penunjuk jalan untuk gigi kekal tumbuh. Kerana itulah anda perlu menjaga gigi susu anak-anak anda dengan sebaik mungkin agar ianya tidak mudah rosak sebelum digantikan oleh gigi kekal.

Jangan berfikiran mudah dan membiarkan gigi susu anak anda rosak kerana beranggapan ianya tidak penting dan akan digantikan oleh gigi kekal. Itu adalah tanggapan anda yang salah sama sekali!

Cegah kerosakan gigi susu anak anda sejak mereka kecil dan biarkan ianya digantikan oleh gigi kekal apabila tiba waktunya.

Semoga bermanfaat!

#DakwahGigi
- Dr. Mohd Khairul Izwan -

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 615,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen