Sebelum Makan Di Kedai Makan, Baca Doa Ini Untuk Mengelak Sihir Atau Santau.

 

Setiap orang pasti akan mempunyai perasaan takut sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada hidupnya, seperti perniagaan, kesihatan dan lain-lain lagi. Namun begitu, ia bukan menjadi penyebab untuk anda mengambil sesuatu yang syirik seperti tangkal atau menggunakan bomoh.

Sebagai orang Islam, kita sebenarnya telah dimudahkan dengan pelbagai cara. Bahkan kita juga memiliki penawar dan pelindung dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Apa yang penting kita perlu rajin untuk mengamalkannya setiap hari.



Pernah tak kita dengar cerita orang hantar santau di kedai makan? Atau ada letakkan sesuatu yang 'tak elok' dalam makanan?

Mesti pernahkan?

Ada satu kejadian, diceritakan seorang pelanggan di kedai makan baru nak makan. Tiba-tiba pecah berkecai pinggan makanan di tangannya. Mujurlah tak kena. Allah SWT nak selamatkannya.

Rupa-rupanya selepas kejadian itu, pekerja dan tuan kedai yang terkena santau angin. Ada orang hantar. Allahu Akbar!

Suatu ketika, guru kami pernah berpesan supaya amalkan baca doa ini (boleh baca selepas baca doa makan) waktu makan di gerai, kedai makan atau kat luar.

Tujuannya, nak elakkan seberang kemudharatan, sihir santau dan sebagainya. Kita tak tahu, jadi kita kena selalu berlindung dengan memohon pertolongan dari Allah SWT.

Ini sumber hadisnya.

فعن أبان بن عثمان عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ :
( مَنْ قَالَ : بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ )

Doa Menolak Bala dan Kemudaratan

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

"Sesiapa yang membaca:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(Dengan nama Allah yang dengan namaNya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”
[Riwayat Abu Daud, no. 5088 dan at-Tirmizi pada sunnannya, no. 3388]

Boleh baca dan amalkan doanya seperti di atas sebanyak 3 kali. Yang dah amalkan, Alhamdulillah anda terbaik.

Menurut Dr. Abdul Razzaq Al-Badr:

"Ini adalah salah satu zikir yang harus diperhatikan oleh orang Islam setiap pagi dan petang, supaya ia akan diselamatkan oleh Allah SWT dengan izinNya, dari bala yang datang tiba-tiba atau bahaya bencana atau sesuatu seperti itu."

Jomlah kita sama-sama share ilmu bermanfaat ini dan amalkan.

Moga-moga Allah SWT pelihara kita semua daripada kejahatan jin dan manusia. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
#UFR

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,797 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen