Alasan Cinta Lelaki Ditolak Oleh Si Dia.

 

PEREMPUAN yang tak layan lelaki tak semestinya sombong, pastinya ada sebab dan alasan tersendiri. Apa antara sebab-sebab perempuan tak layan lelaki ya?

Berikut ini alasan dan sebab cinta lelaki ditolak oleh si dia.



1. Kurang keyakinan diri.

Bukanlah bermaksud kurang keyakinan diri apabila ada perempuan yang sangat peramah tetapi di sini bermaksud yang kurang berkeyakinan diri dari segi rupa dan penampilan. Mungkin si dia ingat lelaki saja hendak mengejek atau mempermainkannya.

2. Ayat berlebihan.

Perempuan paling anti dengan lelaki yang suka mengayat berlebihan bila baru mula-mula berkenalan. Ini adalah antara contoh ayat berlebihan yang membuat perempuan rasa jengkel.



Ayat 1:

“Hai awak, awak comel sangat. Tak pernah jumpa perempuan secomel awak. Awak buat saya termimpi-mimpi nak whatsapp awak please please please. Saya single dan saya teringin sangat nak couple dengan awak. Tolong sangat jangan hampakan permintaan saya”.

Ayat 2:

“Asalammualaikum, nama saya ***** ingin berkenalan bersama saudari di sana. Ada nombor telefon tak? Saya ingin berkawan dulu dan saya sekarang tengah bujang, please. Help me cik saudari”

3. Pengalaman lepas.

Salah satu lagi sebab kenapa perempuan tak layan lelaki, pengalaman bercinta sebelum ini dia pernah dikecewakan. Bila dah kecewa membuat dia trauma nak terima lelaki dan takut kejadian yang sama berulang lagi.



4. Tak cukup syarat.

Memilih, satu lagi sebab tak kena layan disebabkan tak menepati kriteria-kriteria jejaka idaman si gadis. Contohnya, terlalu kacak Si dia tu pula lebih suka lelaki yang sederhana dari segi penampilan dan paras rupa. Sebabnya? Bila dah kacak, ramai wanita jelita terkejar-kejar, bukan? Bila berhubungan dengan orang seperti ini setiap hari boleh makan hati cemburu buta.

5. Setia.

Sebab si dia dah berpunya dan setia kepada pasangannya. Janganlah cepat sangat buat konklusi tapi memang tak dinafikan ada personaliti wanita yang sombong.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,537 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen