Wahai Lelaki, Jangan Gerun Untuk Pegang Tanggung Jawab Sebagai Suami Mahupun Bapa.

 

Perkahwinan sebenarnya bukanlah satu perkara yang menakutkan seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen masa kini. Ia adalah cabaran untuk pasangan suami isteri harungi bersama. Dan segala perubahan yang dialami sepatutnya tidak perlu ditakuti tetapi disambut dengan berlapang dada.

Kerana masih diberi peluang untuk membina rumah tangga, malah memegang tanggung jawab sebagai suami/bapa mahupun isteri/ibu.

Sudah sedia maklum, seseorang individu yang yang takut dengan perkahwinan kerana gerun tidak dapat memikul tanggung jawab terutamanya sebagai suami mahupun bapa. Kerana tanggung jawabnya lebih berat untuk memimpin keluarga.

Jangan gerun, tetapi sepatutnya kena enjoy dengan perubahan ini seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Image may contain: 1 person, smiling, outdoor and text

Jangan Gerun Jadi Bapa.

1. Kalau dulu 5 minit sebelum masuk kerja baru bangun tidur tapi sekarang bukan 5 minit tapi 50 minit awal pun sampai tempat kerja kadang lewat, selalunya ngam ngam sikit lagi nak merah punch card.

2. Waktu makan paling havoc. Dulu enjoy makan tu macam makan kat hotel. Tenang je rasa. Tapi sekarang makan semua pakat telan, tak sempat nak kunyah. Lambat kita habis makan, alamatnya 2 kali lambat la anak kita habis.

3. Sekarang bos kalau marah pun kita boleh gelak gelak lagi, tak boleh lawan tantrum anak kat rumah. Malah dengar tantrum anak lagi stress daripada dengar bos membebel.

4. Lepas kahwin masih rasa bujang lagi. Masing-masing boleh buat hal sendiri lagi. Tapi sejak ada anak, sikit sikit bang tolong itu, bang tolong ini. Betul la orang kata anak ni jambatan syurga rumahtangga sebab dia merapatkan silaturrahim suami isteri.

5. Dulu isteri nak keluar sorang kita tak pernah heran pun. Kita lagi suka lepak sorang diri kat rumah. Sekarang, isteri kalau nak keluar mesti tanya dulu lama tak, kalau lama abg ikut. Sanggup ikut semata-mata takut jaga anak sorang sorang kat rumah.

Jangan gerun dengan perubahan ni. Semakin besar perubahan yang kita rasa, semakin kuat bonding kita dengan anak.

Semakin kuat bonding bapa-anak, maka semakin cerah la masa depan anak kita.

Wallahu A'lam...

Selamat Hari Bapa!!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,708 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen