Betul Ke Orang Yang Tidak Menjaga Kata-Kata Akan Ke Neraka?

 

Orang melayu pernah mengeluarkan pepatah;

‘Hanya kerana mulut, badan binasa’

Dan juga kita sering dengar perumpamaan seperti ini..

‘Lidah adalah organ manusia yang paling tajam dan berbisa’

Namun, Benarkah Dalam Islam Hanya Kerana Mulut Kita Akan Ke Neraka?

Antara hadith yang menceritakan orang yang tidak menjaga mulut atau lidah ketika hidup adalah;

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan orang dimasukkan ke dalam Syurga.

Baginda SAW menjawab:

“Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.”

Lalu Baginda SAW ditanya lagi berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka?

Baginda SAW menjawab: “Mulut dan kemaluan.”

[Riwayat al-Tirmizi (2004)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib][Imam Ibn Hibban mensahihkan hadith ini di dalam sahihnya]

Syeikh Abdullah al-Talidi berkata di dalam kitabnya ketika mensyarahkan hadith ini, hadith ini membicarakan berkaitan sebab-sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam Syurga atau Neraka.

Adapun berkaitan maksud mulut di dalam hadith adalah orang yang tidak menjaga serta berusaha untuk menjaga daripada dosa-dosa mulut seperti mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengejek, menipu, mengumpat, mengadu domba, persaksian palsu dan sebagainya.

Selain itu, makna kemaluan pula adalah orang yang tidak menjaga kemaluannya daripada zina, liwat, tidak menjaga auratnya di hadapan selain daripada mahramnya seperti isterinya dan sebagainya

Tambahan pula, Syeikh al-Mubarakfuri menyatakan makna mulut di dalam hadith ini ialah menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada ciri ketaqwaan.

Kesimpulannya, hadith di atas adalah sahih dan thabit daripada Nabi SAW. Akhirnya, marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik pada peribadi atau akhlak dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik.

Dan berdasarkan hadith sahih daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]

Sebagai muslim terapkan lah akhlak yang baik dalam diri. Salah satu langkah untuk memiliki akhlak yang baik adalah dengan menjaga kata-kata.

Berfikir sebelum berbicara.

Fikir hati dan perasaan orang lain dahulu sebelum memulakan perbualan. Kalau rasa ia akan membuat seseorang akan terkilan dan berkecil hati, hapuskan niat tersebut.

Wallahu’alam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen