"Kerja Biasa-Biasa Sahaja, Tetapi Tidak Pernah Rasa Susah" Keberkatan Dalam Rezeki Ini Bermula Daripada Redha Orang Tua.

 

Rezeki setiap orang itu sememangnya lain-lain setiap orang. Ada yang hanya mampu kerja biasa-biasa sahaja bahkan ada yang mampu memperolehi gaji yang lumayan. Rezeki kita ini semuanya tidak sama, ada yang tidak pernah rasa susah pun, tetapi ada juga yang hanya sekadar cukup makan sahaja.

Tidak kiralah gaji banyak atau sikit, kalau kita beri orang tua kita wang bulanan setiap bulan walaupun sedikit pasti wang yang kita miliki itu akan rasa lebih dari cukup sebenarnya. Bahkan tiada rasa sedikit pun kesusahan dalam hidup yang akan dirasai. Doa ibu ayah ini sangat besar maknanya buat anak-anak.

Semoga perkongsian daripada Dr. Ezairy M.Sallih ini membuka mata kita sebagai anak-anak untuk mencari redha ibu bapa yang masih ada.



Pernah tak jumpa orang yang sibuk berbelanja. Setiap bulan melancong. Setiap minggu tidur hotel. Boleh ada dua tiga buah rumah. Suami dan isteri bekerja siang malam, kerjanya pun stabil, kerja kerajaan. Boleh pakai kereta setiap seorang.

Tetapi orang macam ini masih rasa belum cukup simpanannya. Rasa belum ada lebihan wang untuk diberi kepada ibu dan ayahnya.

Member seorang lain ini, walaupun kerjanya tak seberapa, tak ada kerja yang tetap. Kais pagi, makan pagi. Kais petang makan petang. Seorang suri rumah contohnya yang mengharap wang si suami. Tetapi mereka ini mampu memberi wang bulanan kepada ibu ayah mereka.

Bahkan, simpanan mereka adalah jauh lebih banyak berbanding mereka yang bekerja. Mereka tidak ada alasan,”tak cukup duitlah... duit gaji selama ini pun cukup-cukup makan saja,”



Dan hidup orang seperti ini kita lihat mudah sahaja. Kita nampak mereka ini sentiasa murah rezeki dia. Kita rasa pelik sebab kerjanya biasa-biasa atau si suami sahaja yang bekerja, tetapi orang seperti ini cukup serba-serbi.

Sebenarnya, keberkatan dalam rezeki ini adalah bermula daripada redha orang tua. Kalau setiap bulan masih mampu bercuti, tidur di hotel, boleh berbelanja di mana-mana, maknanya tidak ada alasan untuk kita memberi kepada orang tua kita.

Pokok pangkalnya, hendak atau tidak. Kalau kita seorang anak yang betul-betul meletakkan ia sebagai suatu prioriti kita, maka dapat saja gaji kita akan letakkan sedikit wang untuk belanja dapur ibu dan ayah di kampung. Kita akan jadikan ia kepentingan nombor satu. Tak perlu banyak sebenarnya, sekadar tanda kita beringat kepada mereka.



Zaman serba canggih ini tak ada alasan untuk kita memberi. Guna hadphone di hujung jari pun boleh lakukannya.

Sempena bulan baik ini, ada yang mungkin dah sampai ke kampung halaman, sudah jumpa pun emak ayah, jom kita semak semula diri kita. Di mana dan bagaimana diri kita sebagai seorang anak.

Semoga kita menjadi anak yang lebih baik.

Dr Ezairy M.Sallih
Seorang anak dan ayah

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,201 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen