Jangan Hanya Diamkan Salah Pasangan, Perlu Dikatakan Agar Tidak Diulangi Lagi.

 

Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, baik lelaki mahupun wanita. Semua orang penah melakukan kesalahan begitu juga dengan diri kita ini. Kadang kala kesalahan itu perlu diluahkan dan bukan hanya didiamkan sahaja walaupun kita sudah memaafkannya.

Bila tidak diluahkan, ia mungkin akan terjadi perkara yang sama lagi. Jadi apa yang terjadi pada hubungan anda? Pasti ia menjadi hubungan yang renggang malah sedikit bergoyang. Setiap orang berhak untuk memaafkan ataupun tidak tetapi setiap orang juga berhak untuk mengetahui apa kesalahan yang telah dilakukan tanpa disedari.

Sedikit nukilan yang dikongsikan oleh Puan Safura Ahmad Sharkawi ini mempunyai banyak manfaat buat pasangan suami isteri. Mari sama-sama kita hayatinya.



Seorang lelaki bertanya kepada saya:

Penting ke bagitau isteri apa salahnya walaupun saya dah maafkan dia?

Penting!.

Maaf itu hak kamu,

untuk dia tahu itu hak dia dan penting untuk dia tahu kesalahannya itu daripada kamu.

Itu namanya 'leadership'.



Kalau kamu tak bagitau, dia akan ingat salah lakunya betul. Mula-mula kecil, lama kelamaan makin besar.

Hari ini dia mencebik,

esok dia mendengus,

lusa dia meninggi suara,

tulat dia mengherdik.

Akhirnya nanti dia menghalau kamu dari rumah.

Kenapa?

Sebab dia hilang rasa hormat pada kamu. Dia rasa dia betul sentiasa sebab kamu tak pernah nyatakan dia pun ada kesalahan pada kamu.

Wanita ni derhakanya bukan dalam bentuk kesalahan besar-besar yang nampak terus dimata. Ia proses yang kecil-kecil dan berkembang sedikit demi sedikit.

Ingat tak hadis Nabi yang mengkhabarkan tentang ramainya wanita dalam neraka?Bila ditanya oleh sahabat kenapa begitu? Adakah kerana mereka berzina?, membunuh anak atau kufur? Jawab Baginda, 'ianya kerana mereka menggunakan lidah menyakiti suami dan tidak bersyukur atas nikmat yg disediakan suami'.



Wanita selalu terlupa, maklum wanita makhluk yang kaya emosi, letih dengan kerenah anak, hormon tak stabil, bengang dengan jiran, dengan rakan, dengan perkara kecil-kecil yang berlaku seharian.

Tertinggi suara, tercebik muka terkadang reaksi spontan.

Tegurlah dan bagitau dia cara yang sepatutnya.

Kamu kan diangkat setingkat lebih tinggi kedudukan berbanding dia..

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,697 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen