"Siapa Kata Harta Tidak Boleh Dibawa Mati?" Ikuti Sedikit Kisah Penuh Manfaat Ini.

 

Orang-orang selalu berpesan kepada kita bahawa harta dan kekayaan itu tidak boleh dibawa mati, walaupun sekaya mana yang kita miliki di dunia ini. Bahkan semua yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata yang diberikan Allah kepada kita.

Tapi ramai yang tidak sedar bahawa kekayaan dan kemewahan yang kita ada itu sebenarnya boleh dibawa mati. Haa, jangan terkejut pula ya. Pastikan kita tahu cara untuk membawanya.



Sedikit kisah yang dikongsikan oleh seorang Peguam Syariah Roslina Sabiyah & Co, ini pasti akan membuka mata kita semua.

Siapa Kata Harta Tidak Boleh Dibawa Mati??

Haji Osman. Pemilik salah sebuah pengusaha kilang batik & pakaian terkemuka di Semenanjung, memang dikenal atas kedermawanannya, seakan harta tidak begitu berharga baginya. Seakan dunia ini telah begitu hina di matanya.

Inilah mungkin pandangan mata dari orang yg dunia di tangannya & akhirat di hatinya.

Maka beberapa orang pengusaha muda yg bersemangat mendatangi beliau.

“Ajarkan pada kami, Ji,” kata mereka.. “bagaimana caranya agar kami seperti haji Osman. Boleh berniaga maju sukses, tidak cinta pada harta dan tidak sayang pada kekayaan... Hingga seperti haji Osman, bersedeqahnya terasa ringan”.

“Wah", sahut Haji Osman tertawa, “Antum salah alamat!”

“Mengapa?”...


“Kalian datang pada orang yg salah.... Saya ini SANGAT SAYANG PADA HARTA DAN SUKA PADA HARTA SAYA. Saya ini sangat mencintai aset yg saya miliki ".

“Sebab apa?”..

“Oleh kerana sangat cinta & sayangnya saya pada harta, SEHINGGA SAYA TIDAK RELA MENINGGALKAN HARTA SAYA DI DUNIA INI. AKAN SAYA BAWA MATI BERSAMA KE DALAM KUBUR.

Sebenarnya saya TIDAK MAHU BERPISAH dengan kekayaan saya. Makanya sementara saya masih hidup ini saya titipkan dulu.

Tumpangkan pada masjid,

Tumpangkan pada anak yatim,

Tumpangkan pada fakir miskin,

Tumpangkan pada surau,

Tumpangkan pada pondok pengajian,

Tumpangkan pada pejuang fii sabilillah.

Tumpangkan pada Guru-guru Agama

Tumpangkan pada karyawan yg rajin Ibadah.

Tumpangkan pada saudara-mara dan sahabat handai yg sedang sakit di hospital.

Alhamdulillah ada yg berkenan mahu ditumpangi, saya senang sekali.

Alhamdulillah ada yg sudi diamanahi, saya bahagia sekali.

Insyaa Allah... DI AKHIRAT NANTI SAYA BOLEH AMBIL BALIK, APA-APA YANG SAYA TUMPANGKAN DULU.
Saya ingin kekayaan saya itu dapat saya nikmati berlipat-lipat di alam kubur & di akhirat".

“Jadi..!” Siapa bilang harta tidak dibawa mati....?

Harta itu dibawa mati....!!! Caranya ? ...

JANGAN BAWA SENDIRI... Minta tolong dibawakan oleh anak yatim, fakir miskin, orang-orang yang berjuang di jalanNya dan lain-lain..

kerana anak & keluarga saya, cuma bagi pakai kain putih sahaja.. “

Siapa kata harta tak boleh dibawa mati kan? Sebab itu penting kita kena rancang harta. Supaya harta kita bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh waris2.. tapi kita pun masih dapat manfaatnya walaupun kita dah di alam barzakh nanti. Rancanglah harta kita semasa kita masih hidup. Biar jadi pusaka yang bermanfaat jangan jadi puaka yang membawa mudharat.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,470 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen