Jangan Kecewa Jika Pasangan Tidak Seperti Yang Kita Bayangkan, Mungkin Hadirnya Dia Sebagai Ujian Dalam Hidup.

 

Bila rasa perkahwinan itu tidak bahagia, kita mula salahkan pasangan kita, mula salahkan diri sendiri. Mula bertanya-tanya mengapa perkahwinan kita tidak sebahagia orang lain. Mengapa orang lain boleh bahagia sedangkan kita tidak. Perkara sebegini sememangnya akan mengganggu emosi serta perhubungan itu.

Jangan salahkan sesiapa dalam hal sebegini, ini kerana kehidupan itu tidak seindah seperti yang kita harapkan. Pasangan kita itu mungkin hadir sebagai ujian dalam hidup kita untuk menambahkan keimanan serta ketakwaan kita kepadaNya.



Sedikit pesanan daripada Firdaus Shakirin buat mereka-mereka yang berdepan dengan situasi sebegini. Semoga terus tabah dan kuat.

"Adakah saya tak cukup baik dalam menjadi seorang isteri atau seorang suami?"

Kadang-kadang bukanlah 'baik' atau 'tidak baik' yang menjadi ukuran bilamana perkahwinan kita tu tak berjalan lancar seperti pasangan lain…

Cumanya pasangan yang di"temu"kan dan di”jodoh”kan dengan kita itu berbentuk UJIAN dan bukannya NIKMAT.

Apabila kita memilih untuk mencintai dan menyayangi seseorang, kita harus sedar akan risiko-risikonya...sama ada cinta sebelum nikah atau selepas nikah, kedua-duanya ada risikonya yang tersendiri.



Manusia bukan tuhan.

Apa sebenarnya yang kita harapkan dari manusia? Kita harap dia akan kekal cintakan kita sampai bila-bila? Belum tentu lagi dan tiada sebarang jaminan pun sebab hati manusia tu berbolak-balik.


Kita harapkan manusia itu sentiasa menggembirakan hati, membahagiakan diri? Belum tentu jugak sebab dia boleh jadi seseorang yang selalu menghadirkan kesedihan dan menyakitkan hati.

Kita harapkan dia untuk setia? Ini lagi la belum tentu sebab banyak-banyak perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki disekelilingnya, ditempat kerjanya, di social medianya. Adakah dia mampu untuk menepis semua perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki itu kalau ada yang cuba menggoda dirinya?



Kesimpulannya, kalau hidup ini menjadi tak seperti yang kita inginkan, tak seindah yang kita bayangkan, atau tak berjalan lancar seperti yang kita fikirkan, maka jangan takut untuk ambik risiko, jangan takut akan sebarang kemungkinan. Mampu atau tak mampu, boleh atau tak boleh tetap kena fikir dalam-dalam untuk buat keputusan berdasarkan pilihan yang ada dan cuba untuk yakin dengan keputusan tu.

Jika kita buat yang terbaik dengan keputusan yang kita ambik dan pilihan yang kita buat, maka selebihnya biarlah Allah yang tentukan perjalanan hidup kita.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,545 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen