“Anak Menjadi Mangsa Perceraian…” Para Ibu Bapa Patut Lakukan 6 Tanggung Jawab Ini Pada Anak-Anak.

 

Ketika melalui proses perceraian mahupun selepas bercerai, individu yang paling terkesan adalah anak-anak. Tidak kira anak-anak masih kecil ataupun sedang menginjak remaja, mereka adalah insan yang akan terasa terabai dan kurang kasih sayang.

Kasihan pada anak-anak.

Ibu bapa yang bercerai, anak-anak yang menjadi mangsanya.

Sebagai ibu bapa, kadang-kala perlu meletakkan diri dalam situasi anak-anak supaya lebih memahami sikap mereka. Ini kerana ketika menjadi mangsa perceraian, anak-anak akan mengalami;

  • Kemurungan.
  • Perasaan serba salah.
  • Sentiasa dalam keadaan risau dan bimbang.

Mereka sendiri akan tertanya-tanya, adakah diri mereka menjadi punca ibu bapanya sering bergaduh sehingga berpisah?

Jadi, apa yang perlu ibu bapa lakukan adalah..

1. Jangan pernah rahsiakan perceraian pada anak-anak.

Anak-anak kecil mungkin sukar untuk faham dengan kehidupan orang dewasa.

“Apa itu bercerai?”

“Kenapa ibu bapanya tidak lagi tidur dalam satu bilik?”

Beritahu anak-anak hal sebenar, walaupun agak sukar untuk mereka faham. Jika anda terus menipu anak-anak dengan mengatakan…

“Ayah/ibu kerja jauh…”

Sudah tentu mereka akan bergantung harap. Apabila dewasa tidak akan percaya dengan ibu bapanya sendiri lagi. Hati-hati!

2. Jangan terlalu tunjuk kesedihan.

Depan anak-anak ni, jangan terlalu tunjuk hati anda sedang kecewa dan sedih atas perceraian anda dengan pasangan. Memang benar agak perit apabila melalui proses perceraian ini, tetapi anda perlu tahu anak-anak berhak untuk merasai detik bahagia ketika masih kecil lagi.

Jangan disebabkan anda mahu mengikut perasaan sendiri, perasaan anak-anak terabai. Anak-anak yang menjadi mangsa perceraian ni, impak pada hidup mereka akan dirasai sehingga mereka dewasa.

3. Luangkan banyak masa dengan anak-anak.

‘Perceraian Bukan Satu Tiket Untuk Ibu Bapa Tidak Meluangkan Masa Dengan Anak-Anak’

Ketika masih bersama dengan pasangan, anda memang jarang meluangkan masa dengan anak-anak kerana sibuk dengan kerjaya. Lepas bercerai pun, seperti tiada masa juga untuk anak-anak. Jika ini yang terjadi, tidak hairan sekiranya anak-anak tidak lagi mempercayai anda sebagai ibu dan bapanya.

Jadi, luangkan banyak masa dengan mereka supaya mereka dapat;

  • Kasih sayang yang cukup.
  • Hak sebagai anak tertunai.

4. Jangan jadi batu api!

Sebagai ibu bapa, anda tidak seharusnya menunjukkan sikap yang negatif pada anak-anak terutamanya dengan menjadi BATU API!

Anda menjadi batu api dan menghasut pada anak-anak supaya membenci bekas pasangan anda sendiri. Anda sanggup menfitnah bekas pasangan supaya dilihat sebagai insan yang jijik dan sedih dihadapan anak-anak.

Jangan biarkan anak-anak membenci ibu bapanya sendiri.

5. Tolong uruskan hal dengan mahkamah secepat mungkin.

Tolong jangan buat proses penjagaan anak di mahkamah dengan terlalu lama sehingga anak-anak menjadi tidak tentu arah dan tiada tujuan. Sudahlah anak-anak berasa serba salah, bimbang dan risau, ibu bapa pula buat macam ni. Secara tidak langsung, ia akan menanam sikap dendam dalam diri anak-anak.

6. Jangan halang anak dari jumpa dengan ibu atau bapa mereka.

Dah uruskan proses penjagaan anak-anak, jangan pula halang mereka untuk berjumpa dengan ibu atau bapa mereka. Anak-anak perlu dapat kasih sayang yang seimbang dari ibu dan bapanya. Oleh sebab itu, anak-anak yang lahir dari keluarga yang berantakan akan mempunyai masalah peribadi dan juga masalah sosial.

Walaupun Bercerai, Didiklah Anak Dengan Bijak!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen