“Sukar Untuk Hamil? Kadang-Kala Badan Yang Tak Ready Untuk Mengandung..” Ikuti Kisah Dan Nasihat Ini.

 

Pasangan suami isteri yang sudah lama tidak dikurniakan anak, sudah tentu sering berasa runsing dan sedaya upaya mencuba pelbagai kaedah. Namun sebenarnya, si ibu dan si bapa perlu tanya pada diri sendiri, apa khasiat yang sudah diberikan pada kandungan, malah badan si ibu tu sebenarnya betul-betul dah ready untuk mengandung?

Ikuti perkongsian kisah dan nasihat dari Puan Fizah Sobri ini…

********

Kadang Kadang Badan Tak Ready Untuk Mengandung.

Saya masih ingat kes 4 tahun lalu mengenai seorang wanita yang frust nak mengandung. Wanita berusia 34 tahun diagnos dengan obesity,pre diabetes dan PCOS (polycyatic ovarian syndrome) refer melalui pre pregnancy clinic.

Beliau sudah 10 tahun kahwin dan belum dikurniakan dengan cahaya mata.

Sebelum ini sudah banyak doktor yang dilihat dari O&G,fertility specialist, endocrinologist untuk membantu keadaan dia untuk menimang cahaya mata dan semua nasihatkan beliau untuk turun sekurang kurangnya 10% dari berat badan yang kini (berat sekarang 118kg).

Bila diteliti semula diet..cakapla apa produk,supplement untuk bantu lekat hampir semua beliau cuba…

  1. Set kesuburan bersama.
  2. Jus meningkat tenaga.
  3. Pill mengawal hormon.

Dari moden ke traditional ke batin ke agama hampir semua try tapi hampa.

Sambil bercerita ke saya sambil menangis, husband tiada di sisi untuk menenangkan beliau. Nak elak dari sekuriti datang (nanti ingat saya dera patient pulak) saya tak cerita banyak.

Image result for sukar untuk hamil

Saya explain mengapa berat perlu turun untuk bantu hamil…

1. Regulate hormone wanita.

- berat yang berlebihan maksud lemak juga berlebihan. Lemak yang tinggi akan menggangu hormon dalam badan dan menyebabkan hormone wanita tak stabil (progesterone,estrogen,testosterone) dan mewujudkan keadaan PCOS dan kitaran haid yang tak tentu

2. Kurangkan insulin resistance.

- apabila ada insulin resistance kemungkinan unuk kena GDM (kencing manis semasa mengandung) juga tinggi dan meningkatkan risiko untuk gugur. Adakah puan sanggup melabur beribu ribu dalam IVF tetapi kandungan tersebut tidak dapat diteruskan sebab masalah ini?

3. Body stores.

- sebelum mengandung kita perlu prepare badan dengan zat yang akan membantu perkembangan baby. Jika anda ada vitamin d deficiency, iron deficiency anemia, sukar nanti baby nak berkembang dengan sihat terutamanya 1st 3 months of life.

Pokoknya diet yang BETUL membantu IMPROVE keadaan sebelum mengandung.

Tips ringkas kepada pesakit tadi.

1. Elak sebolehnya air manis kerana ini adalah punca kalori berlebihan yang paling senang untuk dikawal (paling paling had max 1 kali sehari sahaja itupun jenis yang bukan susu pekat manis)

2. Tingkatkan pengambilan serat.

Utamakan ambil sayur dulu, baru lauk, baru nasi sebab perkara pertama yang diambil atas pinggan itu yang paling banyak. Kalau sayur ambil banyak tu low kalori,low fat and high fiber.

3. Aim 10,000 langkah sehari.

Install apps di phone dan usaha untuk mencapai. Saya boleh check next visit beliau dapat ke tak

4. Berhenti apa apa produk yang sedang diambil kecuali atas nasihat doktor perubatan.

(Segala herba,pill,produk mak nenek simpan buang dalam tong sampah)

5. Boleh mula ambil multivitamins .

Untuk bantu pulihkan keadaan yang berkaitan dengan tak cukup zat tadi.

********

Itu sahaja yang saya nasihat masa 1st visit.

Saya nak beliau bersemangat….

Saya taknak dia stress…

Saya nak dia aim realistic target….

Bila dah makin naik semangat saya focus more in detail on Medical Nutrition therapy …

Alhamdulillah next visit dalam 2 bulan sudah turun 6kg..

Dalam 6 bulan berjaya turun 10kg..

Dan dalam 1 tahun beliau berjaya mengandung secara naturally

(Saya tahu sebab lepastu refer untuk GDM pulak)

Usaha. Tawakal. Doa.

Kalau tak dapat, mesti ada sebab.

Anda mungkin tak ready emotionally/physically/mentally/financially/spiritually.

Tuhan tahu yang sebaiknya untuk anda....

Plus there is always orphans (anak yatim piatu) that needs you...

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,668 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen