Cara-Cara Isteri Mahu Dihargai, Yang Sering Suami Terlupa.

 

Penghargaan ketika bercinta dan selepas berkahwin ternyata berbeza, malah berganda. Kalau masa bercinta, cukup setakat si perempuan mahukan teman lelakinya sentiasa membalas whatsapp, menjawab panggilan dan tidak hilang begitu sahaja.

Berbanding ketika sudah menjadi isteri, terlalu banyak tanggung jawab suami yang isteri harap anda lakukan, tapi sebenarnya anda terlupa, terlepas pandang atau mengambil ringan sahaja.

Sebagai seorang lelaki, sudah memang menjadi lumrah sering terlupa dengan sesuatu perkara kerana apabila lelaki terlalu fokus perkara yang penting sahaja, habis semua perkara remeh TERLUPA.

Jadi, sebelum terlupa, bagi lelaki bujang atau bersiap sedia mahu menjadi suami, ingat 8 cara ini untuk menghargai isteri anda kelak….

1. Menjadi DOULA isteri ketika bersalin.

Ramai para isteri sebenarnya mengharapkan suami mereka mampu menemani mereka ketika ‘berperang’ di labour room.  Tetapi anggapan lelaki, selagi ada nurse dan doktor di dalam bilik tersebut, memadai hanya menunggu di luar bilik sahaja kerana tidak mahu menambah serabut orang di sekeliling.

Jadi, para suami harus tanya dahulu pada isteri yang sedang hamil, adakah mereka mahu ada teman ketika bersalin atau pun tidak?

Ataupun sekurang-kurangnya setiap kali check up, teman lah isteri anda.

2. Mengurut badan isteri sebelum dan selepas bersalin.

Hanya kerana mengikut penat sendiri, dan mahu hak sendiri tertunai, ramai juga para suami terlepas pandang dengan tugas ini. Nak anak ramai, tapi perasaan isteri yang sedang hamil hanya dihiraukan. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja, pergi urut isteri yang sedang penat hamil tu. Ambik hati si isteri, kerana mereka sedang membawa cahaya mata kalian berdua.

3. Sedar yang sebenarnya isteri tidak cukup tidur.

Para suami juga perlu tahu dan sedar bahawa isteri memang sebenarnya tidak pernah cukup tidur, sejak awal perkahwinan sehingga memiliki cahaya mata. Walaupun kadang-kala si suami lihat si isteri tidur di atas sofa pada siang hari, padahal mindanya terlalu banyak perkara untuk difikirkan. Tidak pernah berhenti.

4. Sedar isteri sedang penat.

Oleh kerana terlalu penat bekerja seharian dan terlalu mementingkan diri…

“Aku pun penat cari rezeki satu hari, takkan nak jaga hati isteri je…”

JANGAN! JANGAN PENTINGKAN DIRI!

Masing-masing penat. Jadi, untuk menghilangkan penat, ia perlu dimulakan dari DIRI SENDIRI untuk mengubah situasi.

5. Ingatkan isteri, bukan mengherdik.

Apabila melihat isteri tidak berpenampilan cantik, tidak wangi dan tidak menguruskan rambut dengan sempurna, jangan herdik mereka. Tapi ingatkan mereka dengan memberi kata-kata nasihat. Biar lembut tapi ‘Deep’! pasti terkesan dalam hati isteri.

6. Kalau isteri demam, tahu untuk menguruskan rumah.

Isteri ni, kalau demam pun sentiasa mahu mengemas rumah. Sentiasa mahu yang terbaik untuk ahli keluarganya. Jadi, sebagai suami jangan terlalu manja. Tolong isteri kemas rumah ketika mereka sedang demam dan seumpama dengannya.

7. Kalau isteri pergi Watson/guardian, tanya barang apa yang mereka mahu beli.

Kadang-kala, apabila si suami menemani isteri shopping di mana-mana tempat, sekurang-kurangnya tanya isteri tu. Jangan senyap buat tak tahu je.

“Awak nak beli apa?”

“Ada barang yang awak nak beli?”

“Ada duit tak tu?”

Sebenarnya, hanya dengan pertanyaan sebegini isteri rasa dihargai. Kadang-kadang, isteri bukan nak beli sangat barang tu. Nak cuci mata je.

8. Mempunyai rakan-rakan yang menghormati kaum wanita.

Dan yang paling penting adalah, jika si suami memiliki kawan-kawan yang menghormati kaum wanita terutamanya yang sudah bergelar suami. Sebenarnya, Isteri tak suka apabila melihat suami dan rakan-rakan sebaya bergurau senda tentang poligami terutamanya. Kalau boleh jangan sebut langsung tentang poligami.

Kalau suami tak suka isteri sebut tentang perceraian dan perpisahan.

Begitu juga isteri yang tak suka suami sebut tentang poligami.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen