Partner Panas Baran : Tips Untuk Si Panas Baran Dan Pasangan.

 

Macam mana nak handle perangai kekasih yang panas baran ni? Aku ada kekasih yang sifat dia kalau marah mesti meninggi suara. Bila tegur dia kata memang cara dia cakap memang macam tu. Bila aku tiru macam dia buat. Dia kata aku marah. Bila aku kata apa yang aku buat benda tu la yang selalu dia buat. Tapi dia marah aku balik kata memang aku marah.



Pasangan aku ni jenis tak suka kena tegur. Bila tegur mula dia cakap stress, tension, etc. Aku pernah tegur dia cara baik tapi dia merajuk plak. Aku tak tahu macam mana nak buat supaya dia berubah. Ada sekali aku suruh dia bersabar dan ingat pada Tuhan. Tapi dia suruh aku yang buat mcm tu. Dia kata aku lagi teruk dari dia. Adui. Tak bersalah pun. Aku tak tahu kenapa dia tak nak buat mcm tu. Padahal dia kuat agama la gak berbanding aku. Patut dia lg power mengawal sifat panas baran dia. Tolong aku.

Yang benar,

Kacak dan resah =(

Jawapan Dan Tips.

1. Guna orang tengah.

Orang yang panas baran ni kita tak boleh tegur dengan cara yang kasar atau marah-marah. Kita kena selalu gunakan ayat-ayat manis dan positif supaya dia tak naik angin. Boleh gunakan orang tengah atau orang yang rapat dengan dia. Kadang-kadang orang yang panas baran ni kita tak boleh bagi muka sangat takut dia besar kepala.



2. Bagi masa.

Orang yang mudah panas baran ni ada juga yang cepat ‘cool down’. Jadi bila anda rasa tanda-tanda awal pasangan nak marah-marah, ambil selangkah kebelakang dan berikan dia masa untuk redakan kemarahan. Mungkin dia akan menjerit atau hempas pintu dengan kuat ke tapi orang jenis ni akan dating balik pada anda dengan senyuman dan meminta maaf.

3. Elak bergaduh dengan perkara remeh.

Orang yang panas baran ni mudah melenting dengan perkara yang remeh temeh contohnya kalau masa dating lambat 10 minit ke, tukar channel TV ke, atau suruh buatkan air Milo kat dapur ke. Mungkin bagi kamu benda ni Nampak merepek, tapi bagi yang ada kawan atau partner panas baran, perkara yang saya sebutkan diatas, masuk akal. Jadi salah satu cara nya adalah tak perlu beri reaksi apa-apa. Kalau kamu membebel atau memberi alas an pada dia, mungkin sikap panas baran dia akan menjadi-jadi. Ini kerana bila seseorang tu dalam keadaan marah, apa yang orang lain cakap selalunya dia tak akan dengar walaupun dia salah. Selalunya ia akan membuatkan keadaan jadi bertambah buruk. Jadi anda pun kenalah bertolak ansur dan banyakkan bersabar jika menghadapi situasi ‘panas’ macam ni.

4. Sabar tapi jangan terlalu sabar.

Macam yang diberitahu tadi. Orang yang mempunyai pasangan panas baran ni harus juga mempunyai tahap kesabaran tinggi. Memang tak mudah dan tak semuanya indah dalam satu-satu perhubungan. Sifat tolak ansur dan mesti ketepian EGO. Tapi kalau kamu pun dah sama terjebak jadi panas baran seperti pasangan kamu, Nampak gayanya masing-masing pun tak nak beralah dah tak mustahil hubungan percintaan tu takkan kemana-mana. Sebenarnya kalau kamu menunjukkan contoh yang baik macam jadi sabar dan bertolak ansur, tak mustahil pasangan kamu pun akan lebih buka mata dan fikir “Oh,kalau pasangan aku boleh sabar dengan perangai aku, apa salahnya aku pun jadi macam dia dan kurangkan kemarahan aku? Sebab dia pun dah banyak berkorban perasaan dia demi aku?”



5. Letakkan garisan had.

Kita ni manusia, semua benda ada had. Kalau kamu ada pasangan yang sentiasa nak marah-marah pun, lama lama tahap kesabaran tu HILANG juga betul tak? Jadi, letakkan garis sempadan. Kalau banyak-banyak kali pasangan anda menjerit pada anda, memecahkan benda atau bahkan keganasan yang boleh mengancam anda, ia boleh bertukar menjadi keadaan yang merbahaya pada anda. Selalunya mereka akan berkali –kali memohon maaf dan kembali kepada sediakala tapi, keadaan ni mungkin boleh berulang-ulang sebab mereka tahu anda sering memaafkan. Satu-satunya cara untuk menghentikan ini daripada berlaku adalah untuk membiarkan pasangan anda tahu bahawa anda telah disakiti oleh kelakuan mereka. Anda perlu memahami bahawa mereka mempunyai masalah dan anda mesti bantu mereka supaya mereka pandai menjaga lidah dan kelakuan. Selalunya kalau terjadi masalah macam ni dalam institusi keluarga, yang menjadi mangsa pastinya anak-anak. Saya pasti benda macam ni pasti akan efek mereka sehingga mereka dewasa. Jadi, tunjukkan contoh yang baik terutamanya pada anak-anak.

6. Galakkan mereka bertemu pakar.

Bantuan dari pihak yang betul juga patut diambil kira. Di Malaysia ni, kita ada banyak saluran yang betul untuk membantu mereka yang tak tahu untuk mengendali emosi diri ni. Selain dari deep breathing atau buat meditasi, banyak sesi kaunseling yang terdapat di Malaysia.Orang yang panas baran ni sebenarnya bukan sahaja mempunyai potensi untuk merosakkan hubungan seseorang tetapi juga merosakkan kesihatan dalam jangka masa panjang. Mereka juga lebih cenderung untuk mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan juga sakit jantung. Selain tu mereka juga terdeda dengan risiko yang lebih besar mengalami keuzuran mental dan kemurungan. Pastikan mereka tahu akan kesan buruk jangka pendek dan panjang jika mereka ni teruskan juga dengan sikap panas baran dan berikan bantuan jika mereka ingin berubah. Di negara kita NGO diantaranya Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Yayasan MyKASIH dan Persatuan Gerontologi Malaysia ada memberi khidmat kaunseling percuma jika mahu.



Tahukah anda : Kebanyakkan pergolakkan rumah tangga berlaku akibat pasangan yang terlalu panas baran dan tidak mahu bertolak ansur? Adakah anda mahu perkara ini terjadi pada perhubungan kamu?

Bagi mereka yang panas baran.

1. Sila undur setapak kebelakang

Maknanya kalau kamu rasa diri ingin menjadi marah, sila pergi ke tempat lain yang boleh meredakan kemarahan kamu. Jangan sekali-kali tunjukkan kemarahan dalam bentuk fizikal pada orang lain. Kamu boleh ke bilik tidur dan berehat sebentar, atau minum air sejuk untuk mengurangkan ‘panas dalam badan’. Atau lebih baik fokus buat benda yang anda suka untuk kembalikan tenaga positi dalam diri kamu. Sebaik sahaja anda telah redakan kemarahan, anda akan dapat berfikir dengan lebih jelas. Anda mungkin mendapati bahawa sebenarnya, tidak ada sebab untuk marah dengan melampau.

2. Cuba berada dalam kasut mereka.

Kamu suka kalau kamu sentiasa dimarah? Kamu rasa dengan sikap panas baran kamu tu akan membuatkan perhubungan kamu bertambah intim dan mesra? Tahu tak sikap panas baran tu boleh menyebabkan keadaan sekeliling kamu boleh terkena tempias aura negatif tau. Sekali sekala, SABAR, istigfar dan tarik nafas dalam-dalam.

3. Fikir sebelum bertindak.

Perkataan yang dituturkan dalam kemarahan selalunya kasar. Jadi, berfikir sebelum anda bercakap. Cuba tahan diri dari mengeluarkan kata-kata kesat sebab saya pasti anda pun tak suka kalau orang mencarut atau memaki anda sesuka hati. Jika anda tidak pasti apa yang anda mahu katakan, jangan berkata apa-apa. Mungkin anda akan mendapati bahawa perkataan kotor itu tidak diperlukan sama sekali. =)

4. Belajar berkomunikasi dengan tenang.

Apa sahaja yang anda katakan, cakaplah dengan tenang. Berusaha untuk mengekalkan suara anda di bawah kawalan. Bercakap dengan tenang juga akan membantu anda merasa tenang jugak ;)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,770 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen