Dalam Diam Sayur Bayam Bantu Kawal Stress Anda.

 

Kita sebagai manusia ini sememangnya tidak akan penah lari dari masalah dan tekanan hidup. Sebab itulah bila kita alami tekanan sahaja mulalah rasa nak marah apa semua. Ramai yang dah cuba amalkan gaya hidup sihat tetapi ia sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Bila kita stress, kita akan mula mengatakan segala perkara yang memberi beban kepada orang sekeliling kita, hingga orang sekeliling kita juga turut terkena tempiasnya sekali.

Untuk elakkan stress ini berterusan, mari kita amalkan perkara yang dikongsikan oleh Dr. Rizal Abu Bakar ini.



Anai-Anai Dalam Badan?

“Dalam tubuh kita ada ‘anai-anai. Memakan perdu dalam tubuh. Dibiar seperti menunggu untuk roboh”.

Terkebil kebil Saiful mendengar analogiku. Terlopong mulut Saiful. Pelajar tahun 3 ini masih setia menanti baik kataku yang seterusnya.

Saiful anak kedua dari 3 orang adik beradik. Datang dari utara tanah air. Berbecak dalam sawah perkara biasa.

Loghat bahasa utaranya sepekat kuah laksa Sarawak yang baharu dihadapnya.

Saiful selalu ber’zikir’ tentang stres. Semuanya stress bagi Saiful. Aku berjumpa Saiful pun atas sebab perkataan stress.

“Ya, stress seperti anai-anai dalam tubuh. Apabila dibiar, kortisol yang dikeluar akan terus berpesta. Pesta kortisol memberi rosak pada tubuh. Berupa toksid berbahaya kepada OTAK.”



“Kortisol halang lahirnya sel otak baharu. Kecilkan saiz otak. Ia juga ganggu proses fikir dan memori.”

Saiful tekun mendengar ‘syarahan perdana’ ku. Mulutnya masih terlopong. Masih terkebil-kebil matanya.

“Kortisol juga ganggu insulin. Kerjanya tingkatkan gula dalam darah serta tinggikan insulin. Tanda mudah nak tahu, lihat sahaja lemak yang terbentuk di perut.”

“Lemak di perut bukti nyata turun naik gula dalam tubuh yang tidak seimbang, tanda pre diabetis. Tanda kita menghala diri ke arah Type 2 Diabetes. Semua ini mengganggu proses fikir, kosentrasi serta mood.”

“Oh ya, ia sebabkan tingkah laku berubah.”

Juga punca tenaga menurun.”

Makin bersemangat syarahan aku. Saiful membetulkan duduknya. Menongkat dagu dalam teruja.

“Boleh faham Saiful?” soalku ringkas.

Saiful mengangguk. Tiada perkataan. Hanya senyuman terukir di bibir.

“Mahu elak stress, amal tips ini ya Saiful:”

1. Mesti jauhi perkataan ‘stres’ dari bibir. Usah beratip dengan perkataan itu. .

2. Belajar teknik pernafasan. Ia boleh bantu redakan stress.

3. Ambil bayam. Ada 680mg GABA. Hormon penenang.



‘Boleh buat Saiful”, soalku lagi.

Saiful hanya mengangguk. Masih tiada suara. Sudah habis suaranya barangkali. Dek asyik berzikir dengan ‘stress’.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen