Betul Ke Isteri Lebih Mengenali Sikap Suami Berbanding Ibunya Sendiri?

 

Ada yang menyangkal apabila dituju dengan kenyataan sebegini kerana merasakan ibu sendiri yang lebih mengenali hati budi anak lelaki berbanding isteri. Ini kerana ibu yang membesarkan anak lelaki sejak dari kecil, jadi sudah tentu ibu tahu luar dan dalam anaknya sendiri.

Semuanya tiada yang salah, cuma ia bergantung dengan cara hidup lelaki itu sendiri.

Adakah dia seorang anak mak?

Atau dia tidak suka digelar sebagai anak mak?

Namun, secara lahiriahnya, perbezaan anak lelaki dan perempuan kita dapat lihat cara komunikasi dengan ibunya sendiri. Si anak perempuan lebih selesa menceritakan apa jua rahsia dengan ibunya sendiri termasuklah isu-isu wanita seperti period dan seumpama dengannya.

Dan tidak lupa juga berkongsi cerita berkenaan teman lelaki atau teman-teman di sekolah.

Berbanding dengan lelaki, mereka lebih selesa jika tidak menceritakan hal-hal berkenaan dengan peribadi. Kebiasaannya lelaki memang hanya mendiamkan diri sehingga ditanya atau didesak oleh seseorang.

Nak cerita pada ayah pun malu, apatah lagi pada ibu pula, kan?

Kalau yang rapat dengan sahabat pun, tidak semua lelaki akan berkongsi rahsia dengan sahabatnya sendiri.

Sebenarnya agak pelik apabila seorang lelaki meluahkan perasaan sambil meratap kesedihan sambil berhingus di hadapan kawan lelakinya sendiri.

Jadi, Kenapa Akhirnya Apabila Sudah Dewasa Semua Rahsia Dikongsikan Bersama Kekasih/Isteri Tetapi Bukan Ibu Sendiri?

1. Tidak mahu ibunya risau.

Majoriti anak lelaki apabila telah menginjak usia dewasa, semuanya pasti tidak mahu membuat ibunya risau. Ini kerana dalam dirinya sudah dididik untuk berdikari dalam apa jua situasi. Berdikari untuk berdiri di atas kaki sendiri dimana secara tidak langsung menjadikan dirinya sebagai pemimpin keluarga kelak.

Ini yang dinamakan TANGGUNG JAWAB. Dia yang mahu menjaga ibunya setelah dewasa dan bukan lagi ibu menjaga dirinya ibarat bayi.

2. Malu menunjukkan sisi lemah pada ibu.

Selain daripada itu, lelaki juga tidak suka menunjukkan sisi lemah pada ibunya sendiri kerana tidak mahu membuat ibunya risau. Sudah sedia maklum, ini yang dinamakan EGO. Kaum lelaki jarang menunjukkan sisi lemahnya pada orang lain, kecuali pada insan yang istimewa iaitu kekasih atau isteri.

Apabila dewasa sudah tentu malu jika ibu masih menanggung dirinya, belikan barang idamannya. Ini kerana lelaki sedang menjaga maruah diri mereka. Mereka mahu menjadi LELAKI.

3. Tarikan semula jadi dalam diri lelaki dan wanita (kekasih/isteri).

Secara saintifik dan juga menurut Islam, ia adalah lumrah magnet antara lelaki dengan perempuan untuk berkongsi apa jua cerita. Kita menjadi lebih tertarik untuk meluahkan perasaan lebih pada insan yang istimewa. Apabila sudah dewasa kita sendiri yang memilih jalan untuk menentukan masa depan.

Bukan mahu menunjukkan sisi lemah pada pasangan, tetapi ia lebih pada BERMANJA dan PERCAYA.

Memang benar ibu yang membesarkan semua anak-anaknya, akan tetapi apabila anak menginjak dewasa tidak semua anaknya akan berkongsi pendapat dengan ibunya sendiri, ada yang mula memberontak kerana mahu membuat keputusan sendiri.

Tidak semua perkara atau masalah akan diluahkan pada ibu kerana tidak mahu menyusahkan ibunya sendiri sehingga menjadi risau, kemudian kalau meluahkan perasaan pun maruahnya akan tercalar lebih-lebih lagi kalau adik-beradik sendiri dapat tahu, dan akhirnya hanya dapat diluahkan pada isteri tercinta.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,558 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen